Sunday, 12 December 2021

SIRI 203 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 28: Berharap (Ar-Raja') Dan Takut (Al-Khauf)

Tajuk Mudarasah: Kelebihan Berharap

Halaman Rujukan Kitab : 525

Nota Mudarasah:

Maaruf al-Karkhi r.hm. berkata: Mengharapkan rahmat atau kasih sayang daripada orang yang kamu tidak taatinya adalah suatu yang mengecewakan dan tindakan bodoh. Firman Allah Taala:



Maksud ayat ini: Merekalah orang yang berhak untuk berharap Ayat ini bukan bermaksud untuk menyatakan bahawa sifat berharap hanya wujud pada orang-orang seperti mereka sahaja kerana orang lain juga berharap sepertimana mereka.

Berharap adalah suatu sikap yang terpuji kerana ia mendorong untuk terus beramal dan berkerja. Sikap berputus asa pula adalah sifat tercela kerana ia melemahkan semangat untuk terus beramal dan bekerja. Ini kerana sesiapa yang sudah mengetahui bahawa tanah itu adalah jenis yang bergaram, airnya jauh ke dasar bumi dan benih pula tidak akan tumbuh, sudah tentu dia tidak akan menyelidiki tanah tersebut dan bersusah payah mengusahakannya. Sifat takut pula bukan sifat yang berlawanan dengan berharap tetapi suatu yang amat rapat dengannya sebagaimana yang akan diterangkan nanti.

Pengharapan akan melahirkan sikap bersungguh-sungguh dan berterusan (iltizam) dalam melakukan suatu pekerjaan dan ketaatan dalam apa jua keadaan. Kesan daripada sifat berharap ialah akan wujud perasaan seronok untuk terus menghadapkan diri kepada Allah, merasai kemanisan ketika bermunajat kepada-Nya dan sentiasa bersopan ketika memuji dan memuja membesarkan-Nya. Semua ini pasti akan zahir apabila seseorang itu mengharapkan sesuatu daripada seorang raja atau daripada orang lain. Kalaulah demikian keadaannya, kenapa sifat ini tidak zahir ketika seseorang meminta sesuatu daripada Allah Taala?. Apabila semua ini tidak zahir, ia menunjukkan seseorang itu tidak sampai ke tahap mengharap yang sebenarnya. Sesiapa yang berharap untuk memperolehi suatu yang baik tanpa memiliki tanda-tanda ini, dia sebenarnya telah terpedaya.

Kelebihan Berharap

Dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Allah Taala telah berfirman:


Riwayat al-Bukhari (13/428), Muslim (2675) dan At-Tirmizi (3598)

Dalam riwayat lain menyebut:


Riwayat Ibnu Hibban (716-al-Mawarid) daripada Wathilah bin al-Asqa', Ahmad (3/491), (4/106), Ibnu al-Mubarak dalam az-Zuhd (909), ad-Daulabi dalam al-Kuna (2/137), al-Hakim (4/240) dan at-Tobrani dalam kitab al Kabir (22/87) dengan sanad yang sahih.

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. bersabda:


Riwayat Muslim (2877), Abu Daud (3097), Ibnu Majah (4167), Ahmad (3/293, 315, 325, 330, 344, 390), Ibnu al-Mubarak dalam az-Zuhd (1034), al-Qudhoie dalam kitab Musnad as-Syihab (938) dan Ibnu Sa'ad dalam kitab at-Tobaqat (2/255) daripada Jabir r.a..

Allah Taala telah mewahyukan kepada Nabi Daud a.s. yang bermaksud:

Cintailah Aku dan cintailah orang yang menyintai Aku serta jadikanlah hamba-hamba-Ku cinta kepada-Ku. Lalu Nabi Daud bertanya: Wahai Tuhanku! Bagaimana aku boleh jadikan hamba-Mu mencintai Engkau? Allah berfirman: Ingatlah Aku dalam segala kurniaan-Ku dan ingatilah segala nikmat serta kebaikan yang Aku berikan.

Mujahid r.hm. berkata: Seorang hamba pada hari kiamat telah diperintahkan supaya dihumbankan ke dalam neraka, lalu dia berkata: Bukan ini sangkaanku. Lalu Allah bertanya kepadanya: Apa sangkaanmu yang sebenarnya? Dia menjawab: Aku menyangka Engkau akan mengampunkan aku. Lalu Allah Taala berkata: Lepaskanlah dia.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment