Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 28: Berharap (Ar-Raja') Dan Takut (Al-Khauf)
Tajuk Mudarasah: Sifat Takut Itu adalah Cemeti Allah
Halaman Rujukan Kitab : 535
Nota Mudarasah:
Sifat takut adalah cemeti Allah Taala yang akan mendisiplinkan hamba-hamba-Nya supaya terus berada di atas paksi ilmu dan amal agar mereka dapat menghampirkan diri kepada Allah Taala. Perasaan takut mempunyai tahapnya iaitu takut yang keterlaluan, sederhana dan kurang. Sifat takut yang dipuji ialah tahap yang sederhana. Kedudukannya seumpama cemeti yang disediakan untuk binatang ternakan. Binatang ternakan sudah selayaknya tidak boleh lepas dari cemeti. Memukul secara keterlaluan pula bukanlah suatu sikap terpuji dan begitu juga pukulan yang terlalu kurang. Bandingannya ialah seperti orang yang mendengar ayat ayat al-Quran yang dibaca atau mendengar sesuatu peristiwa yang menyayatkan hati lalu dia menangis.
Namun apabila sebab itu hilang, hatinya kembali lalai. Sifat takut seperti ini tahapnya terlalu kurang, tidak ada kesan dan faedah. Ia umpama menggunakan tongkat yang lembut untuk memukul binatang yang kuat. Sudah pasti ia tidak menyakitkannya, tidak sampai kepada tujuannya dan tidak akan mampu untuk menjinakkannya. Inilah kebiasaannya berlaku kepada kebanyakan manusia kecuali golongan 'arifin (mereka yang mengenali Allah) dan ulamak. Yang dimaksudkan dengan ulama di sini ialah mereka yang Allah Taala dan ayat-ayat-Nya di mana bilangan mereka amatlah sedikit. Manakala golongan yang bergaya dengan resam para ulamak, mereka ini amat jauh dari takut kepada Allah.
Golongan pertama iaitu yang mempunyai tahap ketakutan yang keterlaluan, akan menjadi terlalu takut dan melampaui batas kesederhanaan sehingga mereka putus asa dan pesimis. Sikap sebegini adalah tercela kerana ia akan menghalang seseorang daripada berusaha. Kadang-kadang ia boleh menghasilkan penyakit, kemurungan (gangguan fikiran) dan kematian. Semua ini bukanlah sesuatu yang terpuji. Setiap cara yang digunakan untuk menuju kepada sesuatu matlamat yang ingin dicapai menjadi terpuji apabila ia membawa kepada matlamat yang dimaksudkan itu. Manakala cara yang tidak mencapai maksud atau yang melebihi had yang digariskan adalah tercela.
Faedah yang wujud dari sifat takut ialah menjadikan seseorang itu berhati-hati, warak, takwa, bermujahadah, berfikir, mengabdikan diri kepada Allah dan semua sifat yang menyampaikannya kepada Allah Taala. Semua itu memerlukan hidup dalam keadaan badan yang sihat dan akal yang selamat. Apabila berlaku suatu kecacatan pada perkara yang tersebut di atas, ia adalah tercela.
Seandainya ditanya: Apa pendapat kamu terhadap orang yang mati kerana takutkan Allah Taala?.
Jawabnya: Kematian yang sedemikian menyebabkannya memperolehi suatu martabat yang tidak akan dicapai sekiranya dia mati tanpa perasaan takut kepada Allah Taala. Tetapi sekiranya dia terus hidup dan terus mendaki darjat makrifat dan muamalah hati, itu adalah lebih baik. Ini kerana sebaik-baik kebahagiaan ialah umur yang panjang dalam keadaan taat kepada Allah. Setiap apa yang membataskan usia, akal dan kesihatan, ia adalah suatu kekurangan dan kerugian.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment