Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 28: Berharap (Ar-Raja') Dan Takut (Al-Khauf)
Tajuk Mudarasah: Kelebihan Sifat Takut Dan Berharap: Mana Satu Patut Diutamakan
Halaman Rujukan Kitab : 537
Nota Mudarasah:
Kelebihan sesuatu perkara bergantung kepada sejauh mana ia boleh membantu seseorang ke arah mencari kebahagiaan iaitu bertemu dengan Allah Taala dan mendekati-Nya. Setiap perkara yang menolongnya ke arah itu disebut fadilat atau kelebihan. Firman Allah Taala:

Diriwayatkan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Apabila kulit seseorang itu bergementar kerana takutkan Allah, dosa-dosanya akan berguguran sebagaimana gugurnya daun-daun dari sepohon pokok yang kering.¹
1 Riwayat at-Tobrani, al-Baihaqi dan al-Hakim dalam an-Nawadir serta al-Khatib daripada al-Abbas r.a. dengan sanad yang daif. Lihat Ittihaf as Saadatul Muttaqin (9/214).
Dalam sebuah hadis lain yang bermaksud:
Allah Taala tidak akan murka terhadap mereka yang mempunyai sifat takut.²
2 Setakat sumber rujukan yang ada padaku, aku tidak menemui hadis sedemikian.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis qudsi, Allah Taala berfirman yang bermaksud:
Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku tidak menghimpunkan dua ketakutan dan dua keamanan dalam diri setiap hamba-Ku. Seandainya dia rasa aman dari-Ku di dunia, Aku akan menakutkannya pada hari kiamat. Demikianlah jika dia takut kepada-Ku di dunia, Aku akan memberikan keamanan kepadanya pada hari kiamat.³
3 Riwayat Ibnu Hibban (2494 -Al- Mawarid) daripada Abu Hurairah dengan sanad hasan. Diriwayatkan juga oleh Ibnu al-Mubarak dalam az-Zuhd (157) daripada al-Hasan secara mursal. Tetapi Yahya bin So'id telah menyambung sanadnya dalam kitab Zawaaidu az-Zuhd daripada Abu Hurairah r.a. dengan sanad yang daif. Pada sanadnya terdapat rawi yang tidak dikenali (majhul). Guru kami al-Albani menyatakan bahawa ia adalah hadis hasan sebagaimana dalam ktab as-Salsilah as-Sahihah.
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

1 Riwayat at-Tirmizi (1639) dan Abu Naim (7/119). Al-Albani telah mengsahihkannya dalam Sahih al-Jami' (3990), (3991), (3992).
Pertanyaan sama ada takut atau berharap yang lebih afdal adalah sama dengan pertanyaan yang mana lebih baik antara roti dan air.
Jawabnya: Roti adalah lebih baik bagi orang yang lapar dan air lebih baik untuk orang yang dahaga. Jika kedua sifat ini berhimpun, hendaklah dilihat mana satu yang lebih diperlukan. Jika sama sahaja, maka kedua-duanya adalah sama martabatnya. Takut dan mengharap adalah dua ubat untuk merawat hati. Kelebihannya adalah bergantung kepada penyakit yang ada. Sekiranya hati merasa begitu selamat dari kemurkaan Allah, maka sifat takut lebih baik baginya. Begitu juga kepada orang yang sentiasa melakukan maksiat. Manakala sekiranya seseorang dikuasai perasaan kecewa dan putus asa, maka sifat berharap adalah lebih baik.
Secara umumnya bolehlah dikatakan bahawa sifat takut adalah lebih utama sebagaimana dikatakan bahawa roti adalah lebih utama daripada ubat demam kuning kerana roti akan merawat penyakit lapar sedangkan ubat tersebut hanya untuk merawat sakit demam kuning. Kelaparan adalah fenomena yang lebih biasa dialami oleh manusia. Justeru, keperluan kepada roti adalah lebih banyak. Oleh sebab itu sifat takut adalah lebih utama kerana manusia yang melakukan maksiat dan tertipu adalah lebih ramai.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment