Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 28: Berharap (Ar-Raja') Dan Takut (Al-Khauf)
Tajuk Mudarasah: Kelebihan Sifat Takut Dan Berharap: Mana Satu Patut Diutamakan (Bahagian 2)
Halaman Rujukan Kitab : 239
Nota Mudarasah:
Seandainya kita melihat kepada kedudukan sifat takut dan berharap, berharap adalah lebih baik kerana rasa berharap diperolehi dari lautan rahmat Allah Taala, manakala takut diperolehi dari kemurkaan Allah.
Bagi orang yang bertaqwa, lebih baik dia bersederhana antara keduanya. Oleh sebab itu, dikatakan bahawa jika ditimbang ketakutan dan harapan yang ada pada seorang mukmin, nescaya ia akan sama.
Sebahagian ulamak salaf berkata: Jika diseru bahawa semua orang akan masuk syurga kecuali seorang, aku bimbang akulah yang dimaksudkan itu. Jika diseru bahawa semua orang akan masuk neraka kecuali seorang, aku berharap akulah yang dimaksudkan itu. Sifat sebeginilah yang sepatutnya ada pada diri seorang mukmin yang bertaqwa.
Jika ditanya, bagaimana sifat khauf dan raja' boleh seimbang dalam hati seorang mukmin sedangkan sebagai orang yang bertaqwa, sepatutnya sifat berharaplah lebih dominan.
Jawabnya ialah: Setiap mukmin tidak boleh terlalu yakin bahawa setiap amalannya adalah sah. Seperti seorang yang menanam benih yang tidak pernah dicubanya di tempat lain. Benih adalah iman dan syarat-syarat sah imannya begitu halus. Bumi ibarat hati yang mana keburukan yang terpendam di dalamnya adalah kabur. Demikian juga dengan kebebasannya dari penyakit nifak dan penyakit-penyakit akhlak yang tersembunyi (di mana keadaannya adalah kabur). Bencana yang membinasakan pula ialah kedahsyatan sakaratul maut. Ketika itulah akidah akan bergoncang kuat (teruji). Semua perkara ini pasti akan menimbulkan sifat takut. Bagaimana mungkin seorang mukmin yang sebenar tidak merasa takut dan bimbang dengan semua ini?.
Lihatlah contoh Umar bin al-Khattab yang pernah bertanya kepada Huzaifah r.a: Adakah aku tergolong di kalangan orang munafik?¹. Beliau bimbang sekiranya berlaku kekeliruan pada keadaan dirinya dan tidak menyedari kekurangan yang ada pada dirinya. Sifat takut yang terpuji ialah yang dapat merangsang seseorang untuk beramal dan boleh menimbulkan. rasa bimbang atau gelisah dalam hatinya untuk terus cenderung kepada dunia.
1 Huzaifah diberi kelebihan oleh Rasulullah saw. mengetahui dan mengenali orang Munafik. Lihat Sahih Muslim (2779).
Ketika seseorang berhadapan dengan kematian, sifat berharap lebih sesuai kepadanya. Ini kerana sifat takut adalah umpama cemeti yang membangkitkan manusia untuk beramal, sedangkan di sini peluang untuk beramal sudah tiada. Sifat takut pada ketika itu akan memberikan apa-apa faedah kepadanya bahkan mempercepatkan lagi kebinasaannya. Sifat berharap pada ketika ini akan menguatkan hatinya dan lebih mendatangkan rasa cintanya kepada Tuhannya. Seorang yang hampir mati hendaklah menjadikan dirinya kasih kepada Allah, rindu untuk bertemu dengan-Nya dan baik sangka pada-Nya.
Ketika Sulaiman at-Taimi berada dalam keadaan nazak, beliau telah berkata kepada semua yang menziarahinya: Ceritakanlah kepada aku tentang perkara-perkara mudah yang menggembirakan (yang menimbulkan seribu harapan), moga-moga aku bertemu dengan Allah dalam keadaan baik sangka terhadap-Nya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment