Friday, 24 December 2021

SIRI 215 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 28: Berharap (Ar-Raja') Dan Takut (Al-Khauf)

Tajuk Mudarasah: Kisah Takut Para Malaikat

Halaman Rujukan Kitab : 548

Nota Mudarasah:

Firman Allah Taala menceritakan sifat mereka:



Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang mana anggota antara bahu dan dada mereka sentiasa gementar kerana takutkan Allah.¹
1 Aku tidak mendapati lafaz hadis seumpama ini. Tetapi Abu as-Syeikh telah meriwayatkan dalam kitab al-'Azomah daripada Ibnu Abbas r.a. katanya: "Pada hari kiamat, Jibril a.s. berdiri di hadapan Tuhan Yang Maha Perkasa dalam keadaan gementar sendi-sendinya kerana takutkan Allah." al-Iraq Itu menyebutnya dalam kitab al-Mughni (4/181) dan berkata: Pada sanadnya terdapat Zumail bin Simak al-Hanafi yang masih perlu diketahui pengenalan dirinya.

Satu riwayat yang sampai kepada kami menceritakan bahawa di kalangan malaikat yang menjunjung Arash, ada yang menangis dan mengalirkan airmatanya seperti sungai. Apabila dia mengangkat kepalanya dia berkata: Maha suci Engkau, kamu tidak ditakuti sebagaimana yang selayaknya. Lalu Allah berfirman: Tetapi orang yang bersumpah bohong dengan menggunakan nama-Ku tidak mengetahuinya.²
2 Riwayat ini tidak mempunyai sanad dan ia patut ditolak.

Jabir r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Pada malam aku diisra'kan, aku melihat Jibril a.s. seperti bekas air (yang diperbuat daripada kulit biri-biri) yang lusuh dan usang kerana takut kepada Allah Taala.³
3 Setakat sumber rujukan yang ada di hadapanku, aku tidak mendapati riwayat seumpama ini. Dan dalam kitab as-Sahih menyebut sebaliknya.

Satu riwayat telah sampai kepada kami menceritakan bahawa Jibril a.s. telah datang menemui Nabi s.a.w. dalam keadaan menangis. Lalu baginda bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau menangis?. Jibril menjawab: Semenjak Allah menciptakan neraka jahanam, airmataku tidak pernah kering kerana bimbang aku akan melakukan dosa seterusnya aku dilontar ke dalamnya.¹
1 Ibnu Abi ad-Dunia telah meriwayatkan riwayat seumpamanya dalam al-Khaa'ifin sebagaimana dalam al-Mughni (4/181) tetapi aku tidak mendapatinya lafaz yang sama.

Diriwayatkan daripada Yazid ar-Raqashi² bahawa beliau berkata: Sesungguhnya Allah memiliki para malaikat yang sentiasa menangis di sekitar 'Arash sehingga hari kiamat. Airmata mereka seperti sungai yang mengalir. Keadaan mereka bergoyang-goyang seolah-olah ditiup oleh angin kerana takutkan Allah. Lalu Allah berfirman kepada mereka: Wahai para malaikat-Ku! Apa yang menakutkan kamu sedangkan kamu berada di sisi-Ku? Mereka menjawab: Wahai Tuhan! Sekiranya penduduk bumi melihat kemuliaan dan kebesaran-Mu sepertimana kami melihatnya, mereka tidak akan makan dan minum serta tidak bersenang lenang (merasa selasa) di atas katil-katil mereka. Bahkan mereka akan keluar ke padang-padang pasir dalam keadaan meraung seperti lembu-lembu mendengus.
2 Beliau seorang perawi yang daif.

Muhammad bin al-Munkadir berkata: Apabila Neraka diciptakan, hati-hati para malaikat berterbangan dari tempatnya³. Tetapi apabila Adam diciptakan ia kembali semula ke tempat asalnya.
3 Kerana takut mereka yang akan menjadi penghuninya

Muhammad bin al-Munkadir berkata: Apabila Neraka diciptakan, hati-hati para malaikat berterbangan dari tempatnya³. Tetapi apabila Adam diciptakan ia kembali semula ke tempat asalnya.
4 Kerana mengetahui bahawa ia disediakan untuk zuriat Nabi Adam yang kufur dan derhaka

Diriwayatkan bahawa apabila ternyatalah mengenai keadaan iblis sebagaimana yang telah berlaku, Jibril dan Mikail mula menangis. Lalu Allah Taala berfirman kepada mereka: Kenapa kamu menangis?. Kedua-duanya menjawab: Wahai Tuhan kami! Kami tidak pernah merasa selamat dari segala perancangan-Mu. Lalu Allah berfirman: Jadilah seperti itu selamanya.
5 Ianya tidak thabit.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment