Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 28: Berharap (Ar-Raja') Dan Takut (Al-Khauf)
Tajuk Mudarasah: Takutnya Para Nabi A.S. Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Halaman Rujukan Kitab : 549
Nota Mudarasah:
Wahab telah berkata: Nabi Adam menangis selama tiga ratus tahun kerana dikeluarkan dari Syurga. Baginda tidak mengangkat kepalanya setelah melakukan kesilapan.
Wuhaib bin al-Ward berkata: Apabila Allah menegur nabi Nuh a.s. kerana anaknya, sebagaimana firman-Nya:

Baginda menangis selama tiga ratus tahun sehingga terdapat kesan aliran airmata di pipinya.
Abu Darda' r.a. berkata: Ketika Nabi Ibrahim a.s. bangun untuk sembahyang, degupan dada baginda yang kencang dapat didengari dari jauh kerana takutkan Allah Taala.
Mujahid berkata: Apabila Nabi Daud a.s. melakukan kesalahan, baginda sujud kepada Allah Taala selama empat puluh hari dalam keadaaan menangis sehingga tumbuh rumput menutupi kepalanya kerana airmatanya. Baginda berdoa: Wahai Tuhanku! Dahi telah naik borok (kudis yang bernanah dan busuk) dan airmata telah kering, tetapi Daud masih tidak mendapat apa-apa jawapan berhubung dengan kesalahannya itu. Lalu baginda diseru: Adakah kamu lapar, agar kamu diberi makan? Atau adakah kamu sakit, agar kamu disembuhkan? Atau adakah kamu dizalimi, agar kamu ditolong?. Baginda terus meratapi sehingga menggoncangkan setiap pokok yang tumbuh. Pada ketika itu, baginda pun diampunkan.
Dikatakan bahawa Nabi Daud dikunjungi oleh orang ramai kerana menyangka baginda sakit. Tetapi sebenarnya baginda sangat takut kepada Allah Taala.
Apabila Nabi Isa a.s. mendengar perkataan mati, darah keluar menitis dari kulitnya.
Nabi Yahya bin Zakaria menangis sehingga kelihatan kesan bentuk giginya di bahagian luar kulit pipinya, lalu ibunya mengambil dua cebisan kain tebal dan diletakkan pada kedua pipinya itu.
Kisah Takut Nabi Muhammad S.A.W.
Daripada Aisyah r.ha. katanya: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. ketawa sehingga nampak anak tengkoknya. Baginda hanya senyum sahaja. Apabila baginda melihat awan mendung dan angin kencang, aku melihat air mukanya berubah.
Lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apabila orang ramai melihat awan mendung, mereka akan bergembira kerana mengharapkan hujan akan turun, tetapi engkau sebaliknya. Apabila engkau melihatnya, aku dapati riak wajahmu menampakkan rasa tidak senang dan bimbang. Lalu nabi bersabda:
Wahai Aisyah! Apakah yang boleh menjamin kepadaku bahawa ia tidak datang bersama azab? Sudah ada kaum yang diazab dengan angin. Satu kaum lagi apabila melihat azab mereka berkata: Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kita.¹
1 Riwayat al- Bukhari (8/444) dan Muslim (899).
Ketika Nabi s.a.w. bersembahyang, di dalam dada baginda kedengaran bunyi menggelegak seperti cerek yang sedang mendidih kerana menangis ketakutan.²
2 Riwayat Abu Daud (904), at-Tirmizi dalam kitab as-Syama`il (276), an Nasaei (3/13), Ahmad (4/25, 26), Ibnu Hibban (522), al-Baghawi (729) daripada Abdullah bin as-Syikkhir dengan sanad yang sahih.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment