Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 29: Fakir Dan Zuhud
Tajuk Mudarasah: Adab Orang Fakir Dalam Kefakirannya
Halaman Rujukan Kitab : 562
Nota Mudarasah:
Hendaklah seseorang fakir itu tidak membenci ujian kefakiran yang dihadapinya. Tahap yang lebih tinggi lagi ialah apabila dia meredai dan merasa senang hati serta bertawakal dan percaya kepada Allah Taala. Sebaliknya, seseorang fakir yang gagal ialah yang sentiasa mengadu kepada manusia dan bukannya kepada Allah Taala. Bagi orang yang sebegini, kefakiran merupakan satu hukuman baginya. Oleh itu, dia tidak sepatutnya mengadu-ngadu hal dirinya tetapi hendaklah menguatkan ketabahan (menjaga maruah dengan tidak meminta-minta) dan kesabaran. Firman Alah Taala:

Seseorang fakir tidak seharusnya merendah diri terhadap orang kaya kerana kekayaannya dan jangan pula begitu berkeinginan untuk berdampingan dengannya. Dia juga tidak boleh menjadikan kefakirannya sebagai alasan untuk berhenti dari beribadat atau tidak bersedekah dengan apa yang melebihi keperluan hariannya. Sifat kesungguhan daripada orang yang mempunyai harta yang sedikit merupakan sifat yang sangat mulia. Abu Zar r.a. bertanya kepada Nabi s.a.w.: Wahai Rasulullah, apakah dia sebaik-baik sedekah?. Nabi menjawab: Kesungguhan daripada seorang yang mempunyai sedikit harta untuk memberi sedekah kepada orang fakir lain secara rahsia.¹
1 Riwayat Imam Ahmad (5/178, 179) dan at-Toyalisi (478). Al-Haithami menyebutnya dalam kitab al-Mujma' (3/116) dan berkata: Pada sanadnya terdapat Abu Amru ad-Dimasyqi dan beliau adalah perawi yang ditinggalkan (matruk).
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment