Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 29: Fakir Dan Zuhud
Tajuk Mudarasah: Adab Faikir Ketika Menerima Bantuan
Halaman Rujukan Kitab : 563
Nota Mudarasah:
Apabila suatu pemberian diberi kepadanya tanpa diminta, dia hendaklah melihat pemberian tersebut dari tiga aspek:
i. Keadaan barang pemberian.
Barang tersebut mestilah bebas daripada keraguan (syubhat). Sekiranya ada keraguan, dia tidak boleh menerimanya. Dalam bab halal dan haram dahulu, kita telah nytakan berkenaan darjat syubhat; sama ada yang wajib atau yang sunat dijauhi.
ii. Tujuan pemberi.
Sekiranya pemberi bertujuan untuk memupuk perasaan kasih sayang dengan memberi hadiah, tidak menjadi kesalahan untuk menerimanya selagi tidak dinamakan rasuah dan menjadi bahan ungkitan.
Jika pemberian itu kerana inginkan pahala, maka pemberian itu adalah zakat atau sedekah. Dalam keadaan ini, penerima hendaklah melihat keadaan dirinya; adakah dia layak menerimanya atau tidak. Jika dia keliru dalam hal ini, bermakna dia berada dalam keadaan syubhat (sebaiknya tidak diambil). Sekiranya pemberian itu adalah sedekah, bermakna pemberi itu memberi kerana agamanya. Walaupun demikian, si penerima hendaklah merenung kepada batinnya; sekiranya dia ada melakukan maksiat secara rahsia di mana kalau diketahui oleh pemberi, pasti dia akan mengingkarinya dan tidak akan bersedekah kepadanya. Dalam hal ini, janganlah si penerima menerimanya. Begitu juga kalau sedekah diberi kerana pemberi menyangka penerima seorang yang alim sedangkan hakikat sebenarnya tidak.
Sekiranya tujuan pemberi semata-mata untuk menjadi terkenal dan riya', si penerima hendaklah mengembalikan semula pemberian tersebut kepadanya kerana tujuannya tidak betul. Jangan sekali kali dia menerimanya kerana apabila dia menerimanya, bermakna dia telah menolong pemberi tersebut mencapai hasrat dan niatnya yang tidak betul itu.
Dalam hal ini, penerima hendaklah melihat adakah dia memang memerlukannya ataupun tidak? Sekiranya dia tidak memerlukannya, tidak perlu dia mengambilnya. Sekiranya dia memerlukannya dan pemberian tersebut bebas daripada syubhat serta halangan yang disebutkan tadi, maka lebih baik dia menerimanya.
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Umar r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

1 Riwayat al-Bukhari (13/134) dan Muslim (1045).
Dalam hadis yang lain menyebut:

1 Riwayat Ahmad (4/20), at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (4124) dan Abu Ya'la (925) daripada Khalid bin Adi dengan sanad yang sahih. Al-Haithami menyebutnya dalam ktab al-Mujma' (3/100), Ibnu Hajar dalam kitab al Isobah (3/64) dan beliau telah mengsahihkannya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment