Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 29: Fakir dan Zuhud
Tajuk Mudarasah: Hukum Meminta-Minta
Halaman Rujukan Kitab : 565
Nota Mudarasah:
2 Riwayat Imam Ahmad (1/200), Abu Daud (1665), Abu Ya'la (1/312), at Tobrani dalam kitab al-Kabir (2893) dan al-Qudhoie dalam kitab Musnad as-Syihab (285) daripada al-Husain bin Ali. Pada sanadnya terdapat jahalah (tidak diketahui sanadnya). Dan lihat dalam kitab Zailul Qaulil Musaddad (68,70) oleh al-Midrasi.
3 Riwayat Malik (2/220), Imam Ahmad (4/70), (6/435), an-Nasaie (5/81), Ibnu Hibban (825-Mawarid), al-Bukhari dalam kitab Tarikh al-Kabir (3/1/262) dan at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (24/555,556,557,558), at-Baihaqi (4/177) dan al-Qudhoie (929) daripada Aisyah r.ha. dengan sanad yang sahih.
--------------------------------------------------------
1 Riwayat al-Bukhari (3/268) dan Muslim (1040).
2 Riwayat al-Bukhari (3/265), Muslim (1030), at-Tirmizi (2465) dan an-Nasaie (5/101) daripada Hakim bin Hizam r.a..
3 Riwayat Abu Daud (1626), at-Tirmizi (650), an-Nasaie (5/97), Ibnu majah (1840) dan ad-Darimi (1/386) dengan sanad yang sahih.

Terdapat hadis yang diriwayatkan mengenainya secara marfu'. Hadis riwayat at-Tarmizi (2255), Ahmad (5/405), Ibnu Majah (4016) dan al Qudhoie (866) daripada HUzaifah r.a.. Ianya hadis doif tetapi terdapat sanad yang menguatkannya iaitu riwayat at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (13508), Abu Syeikh dalam kitab al-Amsal (153) dan al-Qudhoie. Dengan itu hadis ini menjadi hasan insya Allah. Lihat kitab Silsilatul Ahadith as Sahihah.

1 Ini adalah petikan daripada hadis Ibnu Mas'ud yang telah disebutkan sebelum ini. Iaitu dalam tajuk Haram Meminta Dalam Keadaan Tidak Terpaksa...
__________________________________________________
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Bab 29: Fakir dan Zuhud
Tajuk Mudarasah: Hukum Meminta-Minta
Halaman Rujukan Kitab : 565
Nota Mudarasah:
Terdapat hadis-hadis yang melarang daripada perbuatan meminta-minta dan ada juga hadis-hadis yang membolehkannya. Antara hadis yang membolehkannya ialah sabda Nabi s.a.w.:
Orang yang meminta itu mempunyai haknya (untuk diberikan permintaannya), walaupun dia datang dengan menunggang kuda (kenderaan).²
Dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w. bersabda:
Berilah kepada orang yang meminta, walaupun hanya dengan tapak kaki (lembu atau kambing) yang dipanggang.³
Sekiranya sikap meminta-minta itu haram, sudah tentu kita tidak dibenarkan menolong orang yang membuat kerja haram tersebut (perbuatan meminta-minta) kerana memberi itu merupakan satu bentuk pertolongan. Antara hadis yang melarang daripada meminta minta ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Orang yang sentiasa meminta-minta di kalangan kamu akan bertemu dengan Allah dalam keadaan tiada daging pada mukanya.
Dalam hadis yang lain, baginda mengesyorkan agar umatnya jauhkan diri daripada meminta-minta dengan sabdanya:
Tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan yang di bawah.
Maksud tangan yang berada di atas ialah tangan yang memberi dan tangan yang berada di bawah ialah tangan yang meminta. Dalam hadis Ibnu Mas'ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda:

Siapa yang meminta sesuatu, sedangkan dia tidak memerlukannya, permintaannya itu akan datang kepadanya pada hari kiamat dalam bentuk parut atau kesan-kesan luka pada wajahnya...hingga akhir hadis.³
Hadis ini adalah hadis hasan. Terdapat banyak hadis yang mengandungi makna dan maksud seumpama hadis di atas.
Kesimpulannya: Sikap meminta-minta pada asalnya ada lah haram kerana ia tidak akan terlepas dari tiga keadaan iaitu mengadu, menghina dirinya yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang beriman dan juga menyakiti orang yang diminta pada kebiasaannya.
Seseorang itu dibolehkan meminta-minta dalam keadaan terpaksa dan ketika terlalu berhajat sehingga hampir kepada keadaan terpaksa.
Orang yang terpaksa ialah seperti permintaan seorang yang terlalu lapar yang dibimbangi boleh menyebabkannya mati atau sakit atau seperti permintaan orang yang tidak mempunyai pakaian untuk menutup auratnya.
Manakala permintaan orang yang memerlukan tetapi tidak sampai ke tahap terpaksa, keadaannya samalah seperti seorang yang mempunyai jubah tetapi tidak mempunyai baju di dalamnya pada musim sejuk. Ia akan merasai kesejukan pada musim sejuk tetapi tidak sampai ke tahap terdesak. Demikian juga orang yang mampu berjalan tetapi dengan begitu susah payah. Dalam keadaan itu, dia boleh meminta tambang dari orang lain untuk menaiki kenderaan. Sekiranya dia tidak meminta, itu lebih baik untuknya. Siapa yang mempunyai roti dan dia berhajat kepada lauk, dia boleh meminta tetapi hukumnya makruh. Demikian juga (makruh) sekiranya seseorang itu meminta belanja tambang menaiki sekedup (tempat duduk selesa di atas belakang unta) sedangkan dia mampu untuk membayar tambang dengan duduk di atas belakang unta.
Dalam masalah seperti ini, dia sepatutnya bersyukur kepada Allah Taala dan tidak meminta-minta seolah-olah begitu terdesak. Bahkan sepatutnya dia berkata kepada dirinya: Sebenarnya aku tidak memerlukannya, tetapi nafsuku yang memaksa. Dengan ungkapan sebegini, dia terlepas dari batasan merungut-rungut kepada Allah Taala.
Lebih baik jika dia meminta daripada ayahnya, kaum kerabat atau sahabatnya kerana itu tidak akan menjatuhkan maruahnya di mata mereka. Begitu juga jika dia meminta daripada seorang hartawan yang telah mengkhususkan sebahagian hartanya untuk tujuan-tujuan kebajikan. Dengan ini dia terselamat daripada terjatuh ke lembah kehinaan. Sekiranya dia menerima daripada seseorang yang dia tahu bahawa dia memberinya kerana segan kepadanya, dia tidak boleh mengambilnya dan mesti dipulangkan kepada tuannya.
Seorang yang fakir tidak boleh meminta lebih daripada apa yang diperlukannya, sama ada rumah tempat berteduh, pakaian yang menutup auratnya atau makanan yang menguatkannya. Dalam situasi ini, permintaannya itu hendaklah sekadar yang boleh menampung keperluannya ketika itu tanpa memilih-milih atau mencari yang terbaik. Sekiranya dia meyakini bahawa pada setiap hari dia boleh mendapatkan seseorang yang boleh diminta darinya, ketika itu dia tidak harus meminta lebih dari keperluan makannya untuk sehari semalam. Sekiranya dia bimbang tidak ada orang yang akan memberinya atau bimbang dia tidak terdaya untuk meminta minta lagi selepas itu, dia diharuskan meminta lebih daripada itu.
Dia juga tidak dibolehkan meminta lebih daripada keperluan setahunnya. Inilah yang diriwayatkan dalam sebuah hadis yang menyebut mengenai kadar minima seseorang itu boleh dianggap kaya iaitu 50 dirham'. Ini kerana 50 dirham adalah cukup untuk keperluan seseorang yang sederhana selama setahun, tetapi tidak cukup bagi sebuah keluarga.
__________________________________________________Dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w. bersabda:
Sekiranya sikap meminta-minta itu haram, sudah tentu kita tidak dibenarkan menolong orang yang membuat kerja haram tersebut (perbuatan meminta-minta) kerana memberi itu merupakan satu bentuk pertolongan. Antara hadis yang melarang daripada meminta minta ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Dalam hadis yang lain, baginda mengesyorkan agar umatnya jauhkan diri daripada meminta-minta dengan sabdanya:
Maksud tangan yang berada di atas ialah tangan yang memberi dan tangan yang berada di bawah ialah tangan yang meminta. Dalam hadis Ibnu Mas'ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
Siapa yang meminta sesuatu, sedangkan dia tidak memerlukannya, permintaannya itu akan datang kepadanya pada hari kiamat dalam bentuk parut atau kesan-kesan luka pada wajahnya...hingga akhir hadis.³
Hadis ini adalah hadis hasan. Terdapat banyak hadis yang mengandungi makna dan maksud seumpama hadis di atas.
Kesimpulannya: Sikap meminta-minta pada asalnya ada lah haram kerana ia tidak akan terlepas dari tiga keadaan iaitu mengadu, menghina dirinya yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang beriman dan juga menyakiti orang yang diminta pada kebiasaannya.
Seseorang itu dibolehkan meminta-minta dalam keadaan terpaksa dan ketika terlalu berhajat sehingga hampir kepada keadaan terpaksa.
Orang yang terpaksa ialah seperti permintaan seorang yang terlalu lapar yang dibimbangi boleh menyebabkannya mati atau sakit atau seperti permintaan orang yang tidak mempunyai pakaian untuk menutup auratnya.
Manakala permintaan orang yang memerlukan tetapi tidak sampai ke tahap terpaksa, keadaannya samalah seperti seorang yang mempunyai jubah tetapi tidak mempunyai baju di dalamnya pada musim sejuk. Ia akan merasai kesejukan pada musim sejuk tetapi tidak sampai ke tahap terdesak. Demikian juga orang yang mampu berjalan tetapi dengan begitu susah payah. Dalam keadaan itu, dia boleh meminta tambang dari orang lain untuk menaiki kenderaan. Sekiranya dia tidak meminta, itu lebih baik untuknya. Siapa yang mempunyai roti dan dia berhajat kepada lauk, dia boleh meminta tetapi hukumnya makruh. Demikian juga (makruh) sekiranya seseorang itu meminta belanja tambang menaiki sekedup (tempat duduk selesa di atas belakang unta) sedangkan dia mampu untuk membayar tambang dengan duduk di atas belakang unta.
Dalam masalah seperti ini, dia sepatutnya bersyukur kepada Allah Taala dan tidak meminta-minta seolah-olah begitu terdesak. Bahkan sepatutnya dia berkata kepada dirinya: Sebenarnya aku tidak memerlukannya, tetapi nafsuku yang memaksa. Dengan ungkapan sebegini, dia terlepas dari batasan merungut-rungut kepada Allah Taala.
Lebih baik jika dia meminta daripada ayahnya, kaum kerabat atau sahabatnya kerana itu tidak akan menjatuhkan maruahnya di mata mereka. Begitu juga jika dia meminta daripada seorang hartawan yang telah mengkhususkan sebahagian hartanya untuk tujuan-tujuan kebajikan. Dengan ini dia terselamat daripada terjatuh ke lembah kehinaan. Sekiranya dia menerima daripada seseorang yang dia tahu bahawa dia memberinya kerana segan kepadanya, dia tidak boleh mengambilnya dan mesti dipulangkan kepada tuannya.
Seorang yang fakir tidak boleh meminta lebih daripada apa yang diperlukannya, sama ada rumah tempat berteduh, pakaian yang menutup auratnya atau makanan yang menguatkannya. Dalam situasi ini, permintaannya itu hendaklah sekadar yang boleh menampung keperluannya ketika itu tanpa memilih-milih atau mencari yang terbaik. Sekiranya dia meyakini bahawa pada setiap hari dia boleh mendapatkan seseorang yang boleh diminta darinya, ketika itu dia tidak harus meminta lebih dari keperluan makannya untuk sehari semalam. Sekiranya dia bimbang tidak ada orang yang akan memberinya atau bimbang dia tidak terdaya untuk meminta minta lagi selepas itu, dia diharuskan meminta lebih daripada itu.
Dia juga tidak dibolehkan meminta lebih daripada keperluan setahunnya. Inilah yang diriwayatkan dalam sebuah hadis yang menyebut mengenai kadar minima seseorang itu boleh dianggap kaya iaitu 50 dirham'. Ini kerana 50 dirham adalah cukup untuk keperluan seseorang yang sederhana selama setahun, tetapi tidak cukup bagi sebuah keluarga.
2 Riwayat Imam Ahmad (1/200), Abu Daud (1665), Abu Ya'la (1/312), at Tobrani dalam kitab al-Kabir (2893) dan al-Qudhoie dalam kitab Musnad as-Syihab (285) daripada al-Husain bin Ali. Pada sanadnya terdapat jahalah (tidak diketahui sanadnya). Dan lihat dalam kitab Zailul Qaulil Musaddad (68,70) oleh al-Midrasi.
3 Riwayat Malik (2/220), Imam Ahmad (4/70), (6/435), an-Nasaie (5/81), Ibnu Hibban (825-Mawarid), al-Bukhari dalam kitab Tarikh al-Kabir (3/1/262) dan at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (24/555,556,557,558), at-Baihaqi (4/177) dan al-Qudhoie (929) daripada Aisyah r.ha. dengan sanad yang sahih.
--------------------------------------------------------
1 Riwayat al-Bukhari (3/268) dan Muslim (1040).
2 Riwayat al-Bukhari (3/265), Muslim (1030), at-Tirmizi (2465) dan an-Nasaie (5/101) daripada Hakim bin Hizam r.a..
3 Riwayat Abu Daud (1626), at-Tirmizi (650), an-Nasaie (5/97), Ibnu majah (1840) dan ad-Darimi (1/386) dengan sanad yang sahih.
--------------------------------------------------------
Terdapat hadis yang diriwayatkan mengenainya secara marfu'. Hadis riwayat at-Tarmizi (2255), Ahmad (5/405), Ibnu Majah (4016) dan al Qudhoie (866) daripada HUzaifah r.a.. Ianya hadis doif tetapi terdapat sanad yang menguatkannya iaitu riwayat at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (13508), Abu Syeikh dalam kitab al-Amsal (153) dan al-Qudhoie. Dengan itu hadis ini menjadi hasan insya Allah. Lihat kitab Silsilatul Ahadith as Sahihah.
--------------------------------------------------------
1 Ini adalah petikan daripada hadis Ibnu Mas'ud yang telah disebutkan sebelum ini. Iaitu dalam tajuk Haram Meminta Dalam Keadaan Tidak Terpaksa...
__________________________________________________
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
No comments:
Post a Comment