Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 29: Fakir dan Zuhud
Tajuk Mudarasah: Keadaan Orang Yang Meminta-Minta
Halaman Rujukan Kitab : 568
Nota Mudarasah:
Keadaan Orang yang Meminta
Bishr al-Hafi berkata: Golongan fakir terbahagi kepada tiga kumpulan:
i. Orang fakir yang tidak meminta dan jika diberi sesuatu dia tidak mengambilnya. Orang seperti ini adalah dari kalangan mereka yang mempunyai ketinggian rohani (ar-Rauhaniyyin).
ii. Orang fakir yang tidak meminta tetapi jika diberi sesuatu dia mengambilnya. Ini adalah sifat ahli syurga.
iii. Orang fakir yang meminta ketika berhajat. Sifat tulus dan benarnya dalam permintaan menjadi penebus (kaffarah) kepada (keburukan sikapnya) yang meminta-minta itu. Syeikh Jamaluddin r.hm. berkata: Kesimpulannya: Jika seorang fakir mampu menghadapi suasana semasa tanpa meminta, dia tidak harus meminta. Sekiranya dia boleh menahan diri daripada meminta tetapi dia akan menghadapi risiko kepayahan dan keperitan, dia hendaklah melihat kepada dua keadaan:
i. Jika orang sepertinya mampu menanggung risiko tersebut dan tidak dibimbangi akan membinasakannya, ketika itu meminta minta adalah harus walaupun meninggalkan perbuatan meminta-minta itu lebih mulia.
ii. Jika dia tidak mampu menanggungnya dan ia boleh membinasakannya, ketika itu dia wajib meminta.
Sufyan at-Thauri r.hm. berkata: Siapa yang lapar tetapi dia tidak meminta-minta dari orang lain sehingga menyebabkan dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka.
__________________________________________________
.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

No comments:
Post a Comment