Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 29: Fakir dan Zuhud
Tajuk Mudarasah: Bagaimana Zuhud Terhadap Perkara-Perkara Asas Dalam Kehidupan
Halaman Rujukan Kitab : 573
Nota Mudarasah:
Zuhud Terhadap Perkara Asas dalam Kehidupan
Perkara asas dalam kehidupan seseorang melibatkan tujuh perkara iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal, peralatan tempat tinggal, perkahwinan, harta dan kedudukan.
Makanan
Orang yang zuhud hanya mengambil sesuatu makanan sekadar untuk menghilangkan rasa lapar dan sesuai dengan keperluan tubuh badannya tanpa ada tujuan untuk bersedap-sedap. Diriwayatkan dalam sebuah hadis:
Sesungguhnya hamba Allah yang sebenar bukanlah mereka yang berseronok-seronok (dengan segala nikmat dan kesenangan dunia).
Saidatina Aisyah r.ha. berkata kepada Urwah:
Telah berlalu awal bulan, awal bulan dan awal bulan (beberapa bulan) dalam keadaan rumah Rasulullah s.a.w. tidak pernah dinyalakan api untuk memasak. Lalu Urwah bertanya kepada Aisyah: Wahai ibu saudaraku! Dengan apakah kamu bergantung hidup?. Aisyah menjawab: Dengan dua benda hitam iaitu air dan buah tamar.² Hadis-hadis yang berkaitan dengan perkara ini terlalu banyak dan masyhur.
Kebanyakan daripada orang yang zuhud hanya memakan makanan yang agak kasar dan keras. Namun demikian, terdapat juga di kalangan mereka yang tidak mampu berbuat demikian. At-Thauri adalah seorang yang makan makanan yang elok-elok. Kadang-kadang dia membawa daging panggang dan kuih faluzaj (kuih daripada gandum dan madu) dalam bekalannya.
Umumnya, orang yang zuhud hanya memerlukan apa yang dihajati oleh badannya tanpa berhajat untuk berlebihan dalam menikmatinya. Tetapi keadaan badan manusia berbeza-beza. Ada yang tidak boleh menerima sesuatu yang keras dan tidak enak. Sebahagiannya ada yang menyimpan bekalan yang halal untuk dimakannya sedikit demi sedikit. Keadaan ini tidak mengeluarkannya dari konsep zuhud. Ada yang hanya berkerja pada setiap kali hari Sabtu untuk mendapatkan bekalan hariannya selama seminggu iaitu sehingga Sabtu seterusnya.
Daud at-To'i mewarisi sebanyak dua puluh dinar dan dia membelanjakannya selama dua puluh tahun.

__________________________________________________
1 Riwayat Ahmad (5/243, 244) dan Abu Naim (5/155) daripada Muaz r.a. dengan sanad yang sahih.
2 Riwayat al-Bukhari (9/478), Muslim (2970) dan Ahmad (6/71 & 76).

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

No comments:
Post a Comment