Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 29: Fakir dan Zuhud
Tajuk Mudarasah: Bagaimana Zuhud Terhadap Perkara-Perkara Asas Dalam Kehidupan
Halaman Rujukan Kitab : 575
Nota Mudarasah:
Pakaian
Seorang yang zuhud hanya berpada dengan pakaian yang melindungi badannya dari cuaca panas dan sejuk serta menutup aurat. Tidak menjadi kesalahan sekiranya ada sedikit kecantikan pada pakaiannya agar pakaian yang kasar itu tidak menjadikannya terkenal atau masyhur (sebagai seorang yang zuhud). Kebanyakan golongan salaf memakai pakaian dari jenis yang agak kasar dan seterusnya ia menjadi satu kemasyhuran (kepada pemakainya).
Abu Burdah berkata:
Saidatina Aisyah r.ha. telah menunjukkan kepada kami pakaian yang bertampung dan kain yang kasar. Aisyah ber kata: Rasulullah s.a.w. telah wafat dalam dua pakaian ini.¹
Diriwayatkan daripada al-Hasan katanya: Umar r.a. berkhutbah semasa beliau menjadi khalifah dengan memakai kain yang ditampung dengan dua belas tampungan.
ii. Tempat tinggal
Mereka yang zuhud terhadap tempat tinggal boleh dibahagikan kepada tiga tahap; Yang paling tinggi ialah mereka yang tidak mendapatkan tempat khusus baginya tetapi memadai dengan duduk di anjung-anjung masjid sahaja seperti yang ditunjukkan oleh sebahagian ahli suffah.²
Tahap pertengahan ialah mereka yang mencari tempat yang khusus baginya seperti pondok yang diperbuat daripada pelepah tamar atau buluh, rotan dan seumpamanya. Manakala tahap yang paling rendah ialah orang yang mencari sebuah bilik yang lengkap terbina untuknya. Bilamana dia mahu menambah kadar keluasan dan ketinggian atap rumah tersebut, dia sebenarnya telah melangkaui tahap zuhud pada tempat tinggal.
Rasulullah s.a.w. tidak pernah menambah binaan yang telah sedia ada semasa hayat baginda sehinggalah baginda wafat.³
Al-Hasan berkata: Apabila aku memasuki bilik-bilik (rumah) Rasulullah s.a.w., aku dapat mencapai atau menyentuh atap rumah baginda.
Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ibrahim an-Nakhaei r.hm. berkata: Sekiranya sesuatu binaan sudah cukup atau memadai, maka tiada lagi pahala ataupun dosa.
Ringkasnya, setiap perkara yang diperlukan kerana dhorurah, ia tidak seharusnya dipenuhi sehingga melampaui had zuhud.

__________________________________________________
1 Riwayat al-Bukhari (6/149), Muslim (2080) Abu Daud (4036) dan at-Tirmizi (1733)
2 Golongan sahabat yang tinggal di anjung masjid nabawi-pent.
3 Riwayat Ibnu Hibban dalam kitab at-Thiqaat dan Abu Naim dalam kitab.

1 Riwayat al-Bukhari (5672), Muslim (940) Ahmad (5/109), Humaidi (104), at-Tirmizi (2600) Ibnu Majah (4163), Ahmad (5/109), at-Tabrani dalam kitab al-Kabir (3675), Abu Naim (1/146) dan al-Qudhoie (1046) melalui toriq Khabbab bin al-Arat r.a..

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

No comments:
Post a Comment