Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 29: Fakir dan Zuhud
Tajuk Mudarasah: Bagaimana Zuhud Terhadap Kelengkapan Rumah
Halaman Rujukan Kitab : 576
Nota Mudarasah:
Kelengkapan rumah
Seorang yang zuhud sewajarnya berpada dengan menggunakan satu bekas tembikar sahaja sebagai kelengkapannya. Ia juga hendaklah makan dan minum menggunakan satu pinggan sahaja. Siapa yang membanyakkannya lebih dari satu ataupun melebihkan dari sudut nilainya, dia sudah tidak dikira zuhud.
Lihatlah sirah Rasulullah s.a.w.. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin al-Khattab r.a. katanya: Aku masuk menemui Rasulullah s.a.w. dalam keadaan baginda pada masa itu sedang mengiring di atas sebidang tikar dan ada kesan-kesan tikar tersebut pada badan baginda. Kemudian aku melihat ke tempat, simpanan Rasulullah dan aku hanya melihat sedikit barli dalam kadar secupak sahaja. Menurut riwayat al-Bukhari: Demi Allah, aku tidak melihat sesuatupun yang boleh mengejutkan pandangan. Hadis ini adalah hadis yang masyur dalam Sahih Muslim.²
Saidina Ali r.a. pula berkata: Aku mengahwini Fatimah dalam keadaan kami tidak memiliki sesuatu pun melainkan satu tempat tidur daripada kulit kibasy. Kami tidur di atasnya pada waktu malam dan pada waktu siang kami gunakannya sebagai alas makanan unta yang digunakan untuk menyiram tanaman. Aku juga tidak mempunyai khadam selain Fatimah. Apabila dia menguli gandum, rambut hadapannya terjuntai mengenai bekas gandum tersebut kerana terlalu letih.
Seorang lelaki menemui Abi Zar r.a. di rumahnya. Dia memerhati di setiap sudut rumah Abi Zar, lalu berkata: Wahai Abu Zar! Aku melihat rumah kamu tidak ada mata benda keperluan dan sebarang peralatan. Lalu Abu Zar menjawab: Kami mempunyai satu rumah lain yang kami hantar semua barang-barang kami yang baik-baik ke sana. Lelaki itu berkata: Kamu sepatutnya mempunyai kelengkapan rumah selama kamu berada di sini. Abu Zar menjawab: Sesungguhnya tuan empunya rumah (Allah) tidak membenarkan kami memilikinya.

__________________________________________________
2 Lihat kitab Sahih Muslim (1479) dalam bahagian zuhud: Bab ketinggian dan menjauhkan diri daripada wanita dan memilih mereka. Ia juga terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari (8/503)

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

No comments:
Post a Comment