Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 30: Tauhid Dan Tawakkal
Tajuk Mudarasah: Sejauh Mana Beramal Sehingga Lawak Bertawakkal?
Halaman Rujukan Kitab : 586
Nota Mudarasah:
Amalan Orang yang Bertawakkal
Mungkin ada yang menyangka bahawa maksud bertawakkal ialah dengan meninggalkan usaha dan perancangan (berfikir). Tawakkal dianggap seperti perca kain yang gugur ke bumi atau seperti daging yang berada di atas tempat pemotongannya. Ini adalah anggapan orang yang jahil dan ianya haram di sisi syarak.
Syarak memuji orang yang bertawakkal. Kesan tawakkal terpancar pada usaha dan pergerakannya untuk mencapai tujuannya. Usaha seseorang hamba berlaku sama ada untuk mendapatkan manfaat seperti pendapatan, memelihara manfaat yang ada seperti menyimpan atau menolak kemudaratan yang mungkin berlaku seperti usaha menghindarkan diri daripada perompak atau dengan tujuan menolak kemudaratan yang telah berlaku seperti berubat kerana sakit. Pergerakan seseorang manusia tidak lebih dari empat aspek tersebut.
Pertama Mendapatkan Manfaat
Faktor yang boleh mendatangkan manfaat terbahagi kepada tiga peringkat:
Sebab yang pasti. Iaitu sebab yang berkait langsung dengan musabbabnya serta selari dan tidak bercanggah dengan takdir dan kehendak Allah. Contohnya: Makanan yang berada di hadapan kamu ketika kamu lapar tetapi kamu tidak menghulurkan tangan untuk mencapainya kerana kamu berkata: Aku ini orang yang bertawakkal. Syarat bertawakkal ialah meninggalkan usaha sedangkan menghulurkan tangan, mengunyah dan menelan adalah usaha!!!. Ungkapan sebegini memang benar-benar gila dan langsung tidak termasuk dalam konteks tawakkal. Jika kamu hanya menunggu Allah menjadikan kamu kenyang tanpa makan atau menjadikan makanan bergerak sendiri menuju ke mulut mu ataupun diperintahkan malaikat untuk mengunyahnya dan menghantarnya ke perut kamu, sebenarnya kamu amat jahil dengan sunnatullah.
Begitulah juga sekiranya kamu tidak bercucuk tanam kerana mengharapkan Allah Taala akan menumbuhkan tanaman tanpa benih, atau berharap isteri akan melahirkan anak tanpa berlaku persetubuhan. Semua itu adalah kerja gila. Tawakkal pada peringkat ini bukannya dengan meninggalkan usaha tetapi tawakkal dengan ilmu dan detik hati.
Ilmu di sini bermaksud mengetahui bahawa Allah s.w.t. yang menciptakan makanan, tangan, segala sebab, kemampuan bergerak dan Dia-lah juga yang memberi kamu makan dan minum.
Manakala maksud tawakkal dengan detik hati di sini ialah hati dan pergantungan kamu hendaklah kepada kurniaan Allah s.w.t. bukannya kepada tangan dan makanan. Ini kerana mungkin tangan kamu menjadi kaku dan pergerakan kamu menjadi lumpuh atau mungkin Allah s.w.t. menjadikan orang lain dapat merampas makanan daripada kamu. Oleh itu menghulurkan tangan untuk mendapatkan makanan tidak menafikan pengertian tawakkal.
Sebab-sebab yang tidak dapat diyakini tetapi pada kebiasaannya segala musabbab tidak akan terhasil melainkan dengan adanya sebab-sebab tersebut. Contohnya seseorang yang keluar meninggalkan tanahair, bermusafir mengikuti jalan kampung yang jarang dilalui oleh manusia dalam keadaan tidak membawa apa-apa bekalan. Tindakan ini sebenarnya seperti ingin menguji Allah s.w.t.. Perbuatan itu adalah ditegah kerana kita disuruh mencari bekalan. Buktinya, tatkala Nabi s.a.w. bermusafir ke Madinah, baginda berbekal dan mengupah seorang penunjuk jalan.
Riwayat al-Bukhari (7/180). Al-Hafiz telah menyebut dalam kitab al-Fathu bahawa hadis ini dikeluarkan oleh al-Hakim dan az-Zubair bin Bakkar dalam kitab Akhbar al-Madinah. Juga diriwayatkan oleh Ibn 'Aa`iz.
iii. Melakukan segala sebab yang dijangka membawa hasil, walaupun pada zahirnya ia bukanlah sebab-sebab yang pasti. Contohnya seorang yang terlalu teliti dan menghalusi dalam membuat perancangan-perancangan yang rapi pada rupa bentuk dan perincian kerja. Jika tujuannya betul dan perbuatannya itu tidak keluar dari asas syariat, ia masih termasuk dalam konteks tawakkal. Namun begitu dibimbangi dia akan termasuk di kalangan orang yang rakus dan haloba, sekiranya dia ingin mencari kemewahan duniawi.
Meninggalkan usaha bukan dari konsep tawakkal tetapi ia merupakan tingkah laku penganggur yang lebih suka berehat-rehat dengan alasan bertawakkal. Saidina Umar r.a. berkata: Orang yang bertawakkal ialah orang yang melemparkan bijian ke tanah (bercucuk tanam), kemudian dia bertawakkal kepada Allah.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment