Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 30: Tauhid Dan Tawakkal
Tajuk Mudarasah: Adakah Menyimpan / Bersedia Untuk Masa Hadapan Dikira Tidak Bertawakkal?
Halaman Rujukan Kitab : 588
Nota Mudarasah:
Kedua: Mencari Peluang untuk Menyimpan
Sesiapa yang sudah pun mempunyai makanan keperluan harian yang halal tetapi masih sibuk berusaha mencari yang seumpamanya lagi (untuk menyimpannya) sehingga membelakangkan masanya yang sepatutnya ditumpukan sepenuhnya untuk beribadat kepada Allah Taala, maka usaha dan tindakannya menyimpan makanan itu tidak terkeluar dari konteks tawakkal kepada Allah s.w.t., lebih lebih lagi jika dia mempunyai ahli keluarga.
Dalam kitab sahih al-Bukhari dan Muslim Riwayat al-Bukhari (9/501) dan Muslim (1757), (50)., Umar bin al Khattab r.a. berkata, Nabi s.a.w. menjual kebun kurma Bani Nadhir dan menyimpan hasilnya untuk membiayai keperluan ahli keluarganya bagi tempoh setahun. Jika disebut bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melarang Bilal r.a. daripada menyimpan makanan, Riwayat al-Bazzar (1/203), at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (1020 dan 10300), al-Qudho'ie (749) daripada Ibn Mas'ud r.a.. Ianya daif tetapi ia mempunyai sambungannya sebagaimana riwayat al-Askari dalam Fathul Wahab (2/20). Juga diriwayatkan oleh Abu Yaa'la (2/276), at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (1025) dan al-Ausot, serta oleh al-Bazzar daripada Abu Hurairah r.a.. Al-Haithami dalam kitab al-Majma' (10/241) berkata: Sanadnya hasan. Di sisi at-Tobrani (1024 & 1026) ada dua lagi toriq yang lain. At-Tobrani juga meriwayatkannya (1021 dan 1022) daripada Bilal r.a. tetapi sanadnya lemah. Hadis ini adalah hadis hasan insya Allah. Lihat semakan hadis yang dilakukan oleh Syeikh Hamdi as-Salafi dalam Musnad as-Syihab (1/437- 438) kerana dalamnya ada komentar yang berfaedah. Syeikh al-Albani telah mengesahkannya dalam kitab al-Misykah (1885)., jawapannya ialah fakir miskin adalah seumpama tetamu kepadanya. Oleh itu, Bilal sepatutnya tidak menyimpan makanan tersebut yang boleh menyebabkan mereka semua kelaparan.
Bahkan jawapan yang lebih tepat ialah keadaan Bilal dan orang sepertinya di kalangan ahli Suffah tidak sepatutnya menyimpan makanan. Jika tidak, mereka akan dicemuh kerana berdusta dalam mendakwa diri mereka sebagai ahli Suffah dan bukannya kerana menyimpan makanan yang halal.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment