Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 30: Tauhid Dan Tawakkal
Tajuk Mudarasah: Adakah Berusaha Menolak Mudharat Yang Akan Terjadi Dianggap Tidak Bertawakkal
Halaman Rujukan Kitab : 589
Nota Mudarasah:
Ketiga: Melakukan Usaha untuk Menghindari Kemudaratan yang Mungkin akan Berlaku
Bertawakkal bukanlah bermakna dengan meninggalkan usaha-usaha tersebut. Oleh itu tidak harus seseorang tidur di tempat yang terdapat banyak binatang buas, di laluan air deras atau di bawah dinding yang runtuh. Kesemua perkara ini adalah ditegah oleh syarak.
Sifat tawakkal tidak terjejas dengan memakai baju besi (untuk berperang), menutup pintu dan menambat unta dengan tali. Firman Allah s.w.t.:

Seorang lelaki datang bertemu Nabi s.a.w.. dan berkata:

Riwayat at-Tirmizi (2519), Abu Na'im (8/390) dan al-Baihaqi dalam Sya bul Iman serta Ibnu Abu ad Dunia dalam at-Tawakkal (12) daripada Anasta dan sanadnya lemah Juga diriwayatkan oleh Ibnu Hibban (720), al-Hakim (3/623) dan al-Qudho'ie (633) daripada 'Amru bin Umayyah ra. di mana al-Iraqi mengakui keelokan sanadnya dalam kitab al-Mughni (4/279) Kedua-dua riwayat hadis ini adalah sahih. Sila lihat dalam kitab al-Majma (10/291), al-Maqasid al-Hasanah (no 128) dan Faidul Qadir (4/531).
Dalam semua keadaan di atas, seseorang itu hendaklah bertawakkal kepada pembuat sebab (musabbib iaitu Allah) bukannya sebab itu sendiri. Dia hendaklah reda dengan segala yang telah ditentukan oleh Allah kepadanya. Jika selepas barangnya dicuri, dia merasakan kalau dia lebih beringat-ingat pasti ia tidak akan dicuri ataupun dia mengadu kerana tidak berpuas hati terhadap apa yang berlaku, maka jelaslah bahawa dia jauh dari konsep tawakkal yang sebenar.
Kepadanya, takdir Allah itu ibarat seorang doktor. Kalau doktor tersebut memberikannya makanan, dia pasti rasa senang hati kerana pada fikirannya; Kalaulah makanan ini tidak bermanfaat kepadaku, tentu dia tidak akan memberikan aku makanan tersebut. Jika doktor tersebut melarangnya dari makan, dia juga akan rasa senang hati kerana dia berfikir; Kalaulah bukan kerana dia tahu makanan tersebut akan memudaratkannya, pasti dia tidak akan halang aku dari makan!!!.
Siapa yang masih tidak mempunyai anggapan terhadap Allah sepertimana anggapan pesakit kepada doktornya yang mahir itu, tawakkalnya masih tidak sah. Justeru, jika barangnya dicuri, dia reda dengan takdir dan menghalalkan apa yang diambil oleh pencuri kerana simpati kepada muslimin. Pernah seorang hamba Allah mengadu kepada seorang ulamak bahawa dia telah dirompak di pertengahan jalan. Lalu ulamak itu menjawab: Kalau kamu tidak bersedih kerana adanya seorang Islam yang sanggup melakukan perbuatan tersebut lebih daripada kesedihan kamu kerana kehilangan hartamu itu, maka kamu sebenarnya masih belum ikhlas dan berlaku baik kepada orang Islam yang lain.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment