Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 30: Tauhid Dan Tawakkal
Tajuk Mudarasah: Adakah Usaha Mengelak Mudarat Yang Sedia Ada, Dikira Tidak Bertawakkal
Halaman Rujukan Kitab : 589
Nota Mudarasah:
Keempat: Berusaha Menghilangkan Mudarat seperti Mengubati Pesakit dan Seumpamanya
Sebab-sebab yang boleh menghilangkan mudarat itu terbahagi kepada tiga bahagian.
i. Sebab yang sudah pasti (maqtu) seperti air boleh menghilangkan mudarat yang disebabkan dahaga, dan roti boleh menghilangkan mudarat yang disebabkan lapar. Meninggalkan perkara sebegini tidak termasuk dalam konteks tawakkal kepada Allah s.w.t..
ii. Sebab yang berasaskan kepada kebiasaan iaitu dengan sang kaan kuat (dzan). Seperti membuang darah kotor, berbekam, meminum pelawas perut dan sebagainya. Ini semua tidak menyalahi sifat tawakkal. Rasulullah s.a.w. pernah berubat dan memerintahkan umatnya supaya berubat.¹
1 Imam al-Bukhari telah meriwayatkan perintah Nabi s.a.w. supaya berubat dalam al-Adab al-Mufrad (291). Begitu juga diriwayatkan oleh Abu Daud (3755), at-Tirmizi (2/3) Ibnu Majah (3436), Ibnu Hibban (1395-Mawarid), al-Hakim (198/4, 399), at-Toyalisi (1232), al-Hamidi (824), Imam Ahmad (4/278) daripada Usamah bin Syarik r.a. dengan sanad yang sahih. Untuk mengetahui cara Rasulullah s.a.w... berubat boleh rujuk kitab Zaadul Ma'ad (4/10-22)
Majoriti orang Islam mengambil ubatan (apabila ditimpa penyakit) manakala sekumpulan yang lain ada yang tidak berubat kerana bertawakkal. Diriwayatkan bahawa Abu Bakar as-Siddiq r.a. telah ditanya oleh seseorang: Bolehkah kami memanggil tabib untuk merawatimu? Beliau menjawab: Tabibku sendiri telah melihatku. Ditanya kepadanya: Apa yang tabib itu katakan? Abu Bakar menjawab: Dia (Allah) berkata: Sesungguhnya Aku Maha Melakukan apa sahaja yang Aku kehendaki.
Pengarang kitab ini berkata: Pendapat yang kami pilih ialah perlu berubat. Perbuatan Abu Bakar itu mungkin berlaku selepas beliau berubat dan keadaannya menjadi lebih baik ataupun mungkin beliau menyedari bahawa ajalnya sudahpun hampir tiba lantaran beberapa tanda yang dirasainya. Ketahuilah, berubat itu merupakan sebab-sebab yang boleh membantu dengan izin Allah Taala.
iii. Sebab yang tidak dapat dipastikan seperti mendemah dengan besi (al-Kai) dan sebagainya. Perbuatan sebegini keluar dari konteks bertawakkal kerana Nabi s.a.w. telah menyifatkan orang yang bertawakkal tidak melakukan perbuatan tersebut.
Sebahagian ulamak mentafsirkan bahawa kalimah al-Kai' yang disebut di dalam hadis Nabi s.a.w. Mereka itu tidak mendemah dengan besi adalah merujuk kepada perbuatan kaum jahiliyyah. Di mana mereka mengamalkan budaya mendemah dengan besi dan berjampi ketika sihat agar tidak ditimpa sakit. Ia bermaksud demikian, kerana Nabi s.a.w. juga berjampi (dengan ayat-ayat al Quran) selepas datangnya penyakit dan pernah mendemah As'ad bin Zurarah¹ r.a. ketika beliau sakit.
1 Riwayat Ibnu Majah (3492), Ibnu Abdul Birr dalam kitab al-Istii'ab (5/469), Ahmad (4/65), (5/378) dan Ibnu Sa'ad (3/2/140) melalui dua toriq daripada sebahagian sahabat r.a. dengan sanad yang sahih.
Manakala keluhan para pesakit boleh mengeluarkan mereka dari sifat tawakkal. Para ulamak amat benci kepada keluhan ketika sakit kerana ia seolah-olah merungut. Fudhail pernah berkata: Aku mahu apabila ditimpa penyakit tidak ada orang yang datang menziarahiku.
Seorang lelaki telah bertanya kepada Imam Ahmad: Bagaimana keadaan tuan sekarang?. Jawab beliau: Sihat. Dia bertanya lagi: Bukankah kelmarin tuan demam panas?. Imam Ahmad berkata: Apabila aku berkata kepadamu; Aku baik, maka sudahlah. Janganlah memaksa aku berkata apa yang aku tidak sukai.
Apabila seorang pesakit menceritakan sakitnya kepada doktor, ia tidaklah menjadi satu kesalahan. Sebahagian ulamak salaf juga melakukan demikian dan berkata: Aku menyifatkan kekuasaan Allah yang telah berlaku pada diriku. Dia menggambarkan demikian kepada para pengikutnya agar ia dapat menguatkan mereka apabila ditimpa musibah dan menganggapnya sebagai satu nikmat. Dia menceritakan sedemikian seolah-olah sebagai satu nikmat dan bersyukur kerananya. Perkara sebegini bukanlah satu rungutan.
Nabi s.a.w. pernah bersabda:

2 Riwayat al-Bukhari (96/10) dan Muslim (2571) daripada Ibn Mas'ud r.a..
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment