Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan
Tajuk Mudarasah: -
Halaman Rujukan Kitab : 593
Nota Mudarasah:
Kecintaan (mahabbah) kepada Allah Taala merupakan maqam yang tertinggi. Sifat rindu (as-Syauq), mesra (al-Uns) dan reda (ar Ridha) adalah kesan dan rentetan yang lahir darinya. Manakala taubat, sabar, zuhud dan lain-lain merupakan mukaddimah atau jalan menuju ke arah tercapainya maqam kecintaan.
Para ulamak telah bersepakat bahawa mencintai Allah dan Rasul-Nya adalah wajib. Antara dalil yang menunjukkan kewajipan ini ialah firman Allah s.w.t.:

Ayat-ayat ini merupakan dalil yang menunjukkan wajibnya mencintai Allah dan juga tahap perbezaan yang terdapat dikalangan manusia dalam mencintai Allah.
Dalam sebuah hadis yang sahih disebut;
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang hari qiamat. Lalu Nabi bertanya kembali kepadanya: Apakah persediaan kamu untuk menghadapinya. Lelaki itu menjawab: Wahai Rasulullah! Aku tidak mempunyai banyak bekalan sembahyang atau puasa, aku cuma amat mencintai Allah dan Rasul-Nya. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda:

Riwayat al-Bukhari (461/10) dan Muslim (2639) daripada Anas r.a..
Orang Islam amat bergembira dengan berita itu, dan mereka tidak pernah segembira itu semenjak memeluk Islam.
Diriwayatkan bahawa malaikat maut datang untuk mencabut nyawa Nabi Ibrahim Khalilullah a.s. (kekasih Allah). Lalu Nabi Ibrahim a.s. bertanya kepada Izrail: Adakah seorang kekasih (Allah Taala) sanggup mematikan kekasihnya? Lalu Allah Taala mewahyukan kepadanya: Adakah seorang kekasih benci untuk berjumpa dengan kekasihnya. Lantas Nabi Ibrahim a.s. berkata: Wahai malaikat! cabutlah nyawaku sekarang!.
Al-Hassan al-Basri r.hm. pernah berkata: Sesiapa yang mengenali Tuhannya tentu akan mencintai-Nya. Sesiapa yang mencintai seseorang selain dari Allah s.w.t. di mana kecintaannya itu bukan kerana hubungan orang itu dengan Allah maka itu menunjukkan kejahilan dan kedangkalan makrifahnya kepada Allah. Kecintaan kepada Rasulullah s.a.w., para ulamak dan orang yang bertaqwa hanya lahir dari orang yang mencintai Allah Taala. Ini kerana kekasih kepada orang yang dikasihi adalah juga kekasihnya. Bahkan apa sahaja yang dilakukan oleh kekasih akan disukai dan disayangi. Begitu juga utusan kekasihnya juga akan disayanginya. Segala kecintaan tersebut lahir dari perasaan cinta kepada kekasih yang asal. Kekasih yang hakiki bagi orang yang sedar hanyalah Allah s.w.t., tiada yang lain selain-Nya. Penjelasan perkara tersebut boleh dilihat berdasarkan beberapa faktor.
i. Manusia amat mencintai dirinya sendiri serta mahukan usia yang panjang dan diri yang sempurna. Mereka amat benci kepada perkara sebaliknya iaitu kematian, kebinasaan dan kekurangan. Inilah tabiat setiap makhluk yang bernyawa dan tiada yang terkecuali. Faktor ini sebenarnya boleh membawa kepada kemuncak kecintaaan kepada Allah Taala. Apabila manusia mengenali Tuhannya, secara pasti dia akan mengetahui bahawa kewujudan, usia yang panjang dan kesempurnaannya adalah merupakan kurniaan Allah Taala. Dia-lah yang menciptakannya. Allah lah yang mewujudkan zatnya. Kalaulah tidak kerana kurniaan Allah dengan menciptakannya, nescaya dia tidak ada di dunia ini. Dan kalaulah tidak dengan kesempurnaan yang dikurniakan Allah kepadanya, nescaya dia berada dalam serba kekurangan.
Itulah yang dimaksudkan oleh al-Hassan al-Basri r.hm. dalam kata-katanya: Sesiapa yang kenal Tuhannya dia akan mencintai Nya, dan sesiapa yang kenal dunia dia akan berzuhud padanya.
Bagaimana boleh digambarkan apabila terdapat manusia yang mencintai dirinya tetapi tidak mencintai Allah yang mencipta dan menyempurnakan batang tubuhnya?.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment