Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan
Tajuk Mudarasah: Bagaimana Memahami Kecintaan Kepada Allah
Halaman Rujukan Kitab : 595
Nota Mudarasah:
ii. Manusia secara semulajadinya menyukai orang yang berbuat baik, berlemah lembut dan mengambil berat terhadapnya. Begitu juga orang yang sering membantunya, mempertahankannya dari musuh-musuhnya dan menghulurkan bantuan terhadap semua kehendaknya. Sudah pasti orang seperti ini akan dikasihinya.
Apabila manusia mengetahui dengan makrifat yang sebenarnya, dia pasti akan mengetahui bahawa Allah-lah sebenar-benarnya yang berbuat baik kepadanya serta menolong dan mengalahkan musuh-musuhnya. Kebaikan Allah Taala kepadanya tidak terhitung banyaknya sebagaimana firman-Nya:

Kami telah memberikan penjelasan sebahagian daripadanya dalam bab 'as-syukr (bersyukur) terdahulu, tetapi di sini kami ingin menerangkan bahawa sifat ihsan dari manusia hanyalah simbolik sedangkan hakikat ihsan sebenar ialah dari Allah Taala.
Untuk menjelaskan lagi, jika kita bayangkan seseorang telah memberi seluruh harta miliknya kepadamu dan kamu bebas mengunakannya, kamu tentu menganggap bahawa ini adalah satu budi baik darinya. Sebenarnya, anggapan kamu ini salah. Ini kerana ihsannya itu terhasil dengan sebab hartanya, kekuasaannya ke atas harta itu dan dorongan dalaman yang membangkitkan keinginannya untuk memberikan harta tersebut. Justeru, siapakah sebenarnya yang menciptakannya dan juga hartanya serta mencipta kehendak dan dorongan baik dalam dirinya itu? Siapa pula yang menjadikan hatinya kasih dan cenderung kepadamu sehingga sanggup memberikan hartanya itu kepada kamu?. Siapakah yang mencampakkan dalam dirinya suatu perasaan bahawa memberikan hartanya kepadamu adalah suatu kebaikan kepadanya sama ada pada agama ataupun dunianya? Jika tidak kerana dorongan dorongan tersebut, tentu dia tidak akan melakukan demikian. Dia seolah-olah terpaksa menyerah dengan ketentuan-ketentuan tersebut dan tidak berupaya mengingkarinya.
Oleh itu, yang melakukan ihsan dan kebaikan kepada kamu sebenarnya ialah Allah yang telah menjadikannya berlaku baik kepada kamu. Samalah seperti seorang penjaga khazanah harta seorang pemerintah yang disuruh oleh tuannya untuk memberikan sesuatu pemberian kepada seseorang yang lain. Penjaga khazanah ini tidak boleh dianggap orang yang berbudi kerana dia sebenarya terpaksa mentaati perintah tuannya. Jika pemerintah tersebut membiarkannya membuat pilihan sendiri, pasti dia tidak akan menyerahkan pemberian tersebut kepada orang berkenaan.
Begitulah keadaannya kepada setiap yang membuat budi dan ihsan. Jika Allah membiarkannya membuat pilihan sendiri, pasti dia tidak akan memberikan kepada orang lain walaupun sedikit. Allah telah menciptakan dorongan-dorongan terhadap perkara tersebut lalu mengilhamkan ke dalam jiwanya bahawa bahagianmu pada hari akhirat ialah apa yang kamu belanjakan, lalu dia pun melakukannya. Oleh itu, orang yang tahu hendaklah mencintai Allah sahaja kerana ihsan dari selain Allah adalah satu perkara yang mustahil.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment