Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan
Tajuk Mudarasah: Bagaimana Memahami Kecintaan Kepada Allah
Halaman Rujukan Kitab : 596
Nota Mudarasah:
iii. Seorang yang baik walaupun kebaikannya tidak sampai kepada kamu, kamu secara tabi'ienya tetap akan menyukainya. Apabila kamu mendengar ada seorang raja yang alim, kuat beribadat dan bersifat lemah-lembut terhadap rakyatnya, tentu kamu akan menyukainya walaupun dia berada di pelusuk dunia yang jauh dari kamu. Hati kamu juga akan lebih cenderung kepadanya. Demikianlah cinta kepada seorang yang berbudi pekerti, apatah lagi jika dia berbuat baik dan berbudi kepada kamu sendiri.
Inilah kecintaan yang sepatutnya kepada Allah bahkan menuntutnya supaya tidak mencintai selain dari-Nya kecuali yang ada kaitan dengan (perintah) Allah kerana sesuatu sebab (seperti cintakan Rasul, kedua ibubapa dan seumpamanya). Allah Taala adalah tuhan yang Maha Ihsan kepada seluruh manusia dengan mencipta dan melengkapkan seluruh anggota badan mereka dan menjadikan segala sebab-sebab yang dapat memenuhi keperluan dan seterusnya menyenangkan kehidupan mereka. Di samping segala nikmat lain yang tidak terhitung banyaknya itu. Sebagaimana firman Allah Taala:

Bagaimana boleh dikatakan ada orang lain yang berbudi kepadamu? Sedangkan orang yang berbudi kepadamu itu sendiri merupakan antara kebaikan kekuasaan-Nya (kerana menciptanya). Siapa yang memahami perkara ini nescaya dia tidak akan menyintai melainkan hanya kepada Allah s.w.t..
Demikian juga kita boleh katakan bahawa: Orang yang berilmu, berkuasa atau bersih dari sifat buruk pasti akan disayangi oleh orang lain. Faktor yang menyebabkan para as-Siddiqin amat disayangi manusia lain secara semulajadi atau tabi'ie ialah kerana ilmu pengetahuan mereka berkenaan Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab, rasul-rasul dan syariat nabi-nabi-Nya, di samping kemampuan mereka membaiki diri dan membersihkan jiwa dari segala segala sifat buruk dan jahat. Sifat-sifat sebeginilah yang menjadikan nabi nabi a.s. disayangi. Jika sifat sebegini dibandingkan dengan sifat sifat Allah Taala, kita akan dapati ianya terlalu kecil dan kerdil.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment