Friday, 28 January 2022

SIRI 250 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan

Tajuk Mudarasah: Setinggi-Tinggi Kemanisan Atau Kenikmatan Ialah Mengenali Allah S.W.T..

Halaman Rujukan Kitab : 599

Nota Mudarasah:

Ketahuilah bahawa rasa lazat itu adalah rentetan dari kefahaman yang mantap. Manusia adalah himpunan daripada sejumlah keupayaan dan naluri. Dalam setiap naluri dan keupayaan itu ada kelazatannya. Naluri ini tidak diciptakan sia-sia, bahkan ia mempunyai tujuan-tujuan tertentu iaitu untuk melahirkan suatu tindakan yang akan memenuhi keperluan tabiat naluri itu sendiri. Naluri keinginan untuk makan dicipta untuk mewujudkan proses penghasilan makanan yang menjadi tonggak kehidupan manusia. Nikmat kelazatan mata (penglihatan) dan telinga (pendengaran) berada di dalam proses melihat dan mendengar.

Di dalam hati juga mempunyai naluri yang dipanggil cahaya ilahi (Nur Ilahi), yang juga dikenali sebagai akal atau mata hati atau cahaya keimanan dan keyakinan. Naluri ini diciptakan untuk mengetahui tentang hakikat tabiat semua perkara. Oleh itu keperluan tabiat naluri ini ialah ilmu pengetahuan. Itulah kelazatannya yang sebenar.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment