Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan
Tajuk Mudarasah: Setinggi-Tinggi Kemanisan Atau Kenikmatan Ialah Mengenali Allah S.W.T.
Halaman Rujukan Kitab : 600
Nota Mudarasah:
Tidak dapat dinafikan bahawa sesiapa sahaja yang apabila dikatakan berilmu pengetahuan walaupun dalam perkara yang - remeh-temeh - dia akan rasa gembira dengan gelaran itu. Sebaliknya sesiapa yang dikatakan jahil walaupun tentang perkara yang remeh temeh, dia akan rasa dukacita dengan gelaran tersebut. Semuanya itu adalah kerana terlampau lazatnya ilmu dan disebabkan ilmu, seseorang itu akan merasai kesempurnaan dirinya. Sesungguhnya ilmu adalah sebaik-baik sifat terpuji dan kemuncak kesempurnaan. Oleh sebab itu manusia secara tabi'ienya akan merasa senang jika dipuji kerana bijak dan banyak ilmu.
Kemudian kelazatan mengetahui tentang perladangan dan jahitan tidak sama dengan kelazatan mengetahui tentang politik dan pengurusan. Begitu juga ilmu mengenai syair, tata bahasa arab dan sebagainya tidak sama kelazatannya dengan ilmu berkenaan Allah, malaikat dan segala khazanah-Nya di langit mahupun di bumi. Tahap kelazatan dan kegembiraan bergantung kepada kemuliaan sesuatu ilmu berkenaan. Dengan ini jelaslah bahawa ilmu pengetahuan yang paling lazat ialah ilmu yang paling mulia. Dan kemuliaan sesuatu ilmu itu pula terletak pada kemuliaan perkara yang ingin diketahui itu. Sekiranya perkara yang ingin diketahui itu merupakan suatu yang paling besar, paling sempurna, paling mulia dan paling agung maka tidak syak lagi bahawa mengetahui berkenaan dengannya merupakan satu kenikmatan dan kelazatan yang paling hebat dan mulia.
Adakah di dalam kewujudan ini ada sesuatu yang lebih besar, lebih tinggi, lebih mulia, lebih sempurna, lebih agung dari Pencipta yang mencipta segala-galanya dengan menyempurnakan kejadian dan menghiasinya, mewujud dan mengembalikannya serta mentadbir dan mengaturnya? Adakah tergambar wujudnya satu kerajaan lain yang memiliki pemerintahan, kesempurnaan, kecantikan, keindahan, kemegahan dan kebesaran yang lebih agung daripada kerajaan rabbani yang tidak dapat diceritakan segala ketinggian, kesempurnaan dan keajaibannya ini?.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment