Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan
Tajuk Mudarasah: Setinggi-Tinggi Kemanisan Atau Kenikmatan Ialah Mengenali Allah S.W.T.
Halaman Rujukan Kitab : 600
Nota Mudarasah:
Kamu sepatutnya mengetahui bahawa kelazatan makrifat ini adalah lebih hebat dari segala kelazatan yang dapat dimengerti oleh seluruh deria manusia. Kelazatan maknawi lebih hebat dari kelazatan zahir bagi orang yang sempurna akalnya. Kalau diberikan pilihan antara makan ayam dan kuih muih yang enak dengan nikmat kelazatan menjadi ketua, mengalahkan musuh-musuh dan mencapai kekuasaan, sudah tentu bagi orang yang mempunyai semangat yang kental dan akal yang sempurna akan memilih untuk menjadi ketua walaupun terpaksa berlapar dan bersabar menahannya beberapa hari. Bahkan ia sudah menjadi remeh kepadanya. Hanya orang yang lemah semangat, mati hati dan kuat nafsu kebintangannya sahaja yang akan memilih daging dan manisan.
Pilihannya untuk menjadi ketua membuktikan bahawa kepimpinan adalah lebih lazat daripada makanan yang enak-enak. Sepertimana kelazatan menjadi ketua merupakan kelazatan yang tinggi kepada sesiapa yang kuat keazamannya, maka kelazatan makrifatullah dan melihat segala rahsia ketuhanan-Nya adalah lebih lazat dari menjadi ketua yang merupakan kelazatan yang paling tinggi dan paling diingini di sisi manusia.
Hakikat ini tidak akan dapat diketahui kecuali bagi sesiapa yang merasai kedua-dua nikmat ini. Ketika itu dia sanggup membujang, bersendirian, berfikir, berzikir dan tenggelam dalam lautan makrifat. Dia juga akan meninggalkan jawatannya sebagai ketua serta memandang hina kepada makhluk (tiada apa-apa nilai) kerana dia mengetahui bahawa kuasa dan semua yang berada di bawah kekuasaannya akan musnah. Di samping dia menyedari bahawa kekuasaannya itu bercampur aduk dengan segala kekeruhan (dunia) dan ia (kekuasaan itu) akan lenyap darinya apabila dia mati.
Menyedari hakikat ini, dia tentu memberikan sepenuh perhatian dan lebih mengambil berat untuk mengenali Allah s.w.t., merenung sifat dan perbuatan-Nya serta segala peraturan kerajaan-Nya. Ke semua perkara ini bebas daripada penyakit berebut-rebut dan segala macam kekeruhan. Ini kerana ia terbentang luas kepada mereka yang menginginkannya dan tidak akan sempit sama sekali.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment