Monday, 31 January 2022

SIRI 253 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan

Tajuk Mudarasah: Setinggi-Tinggi Kemanisan Atau Kenikmatan Ialah Mengenali Allah S.W.T.

Sub Tajuk Mudarasah: Mengenal A'rif Billah.

Halaman Rujukan Kitab : 601

Nota Mudarasah:

Seorang yang bermakrifat (al-'aarif) akan sentiasa merenung kehebatan makrifat ini seumpama berada dalam syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Mereka bersenang-lenang di taman tamannya, memetik buah-buahan dan minum dari kolamnya tanpa rasa bimbang akan kehabisannya kerana ia (makrifatullah) kekal selama-lamanya dan tidak akan putus disebabkan kematian. Ini kerana kematian tidak akan memusnahkan tempat makritullah kerana tempatnya ialah ruh itu sendiri. Mati hanya boleh mengubah keadaan ruh tersebut dan bukan menghapuskannya.

Golongan al-'aarifin mempunyai darjat yang berbeza-beza di sisi Allah Taala. Perbezaan ini tidak dapat dihitung. Perkara ini juga tidak dapat difahami melainkan dengan 'dzauq' (kesedaran dan perasaan mendalam dalam hati). Jika bercerita berkenaan dengannya pun tidak banyak faedahnya. Namun setakat apa yang telah disebut ini sudah cukup untuk memberitahu kamu bahawa makriftullah adalah semanis-manis nikmat. Tidak ada kelazatan yang lebih daripada itu. Oleh sebab itulah Abu Sulaiman ad-Darani r.hm. pernah berkata: Sesungguhnya Allah s.w.t. mempunyai hamba-hamba yang mana persaaan takutkan neraka dan harapkan syurga bukanlah dua perkara yang melalaikan mereka daripada Allah Taala¹. Kalaulah itu keadaannya, bagaimana mungkin dunia (yang kerdil dan hina ini) boleh melalai dan menyibukkan mereka daripada Allah?!
1 Sebenarnya ibadat hendaklah mengandungi unsur-unsur cinta, takut dan mengharap. Inilah yang dapat difahami dari himpunan nas-nas al-Quran dan hadis sebagaimana yang ditulis oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam sebahagian risalahnya.

Sebahagian daripada sahabat Makruf al-Karkhi berkata: Aku telah berkata kepadanya (Makruf): Apakah yang merangsang kamu untuk melakukan ibadah?. Makruf diam tidak menjawab. Aku bertanya lagi: Adakah mengingati mati (yang merangsangmu melakukan ibadat)?. Makruf berkata: Apa yang ada pada mengingati mati? Aku bertanya: Adakah dengan sebab mengingati kubur. Dia berkata: Apa yang ada pada mengingati kubur. Aku bertanya lagi: Adakah dengan sebab takutkan seksaan api neraka dan mengharapkan syurga? Dia berkata: Apa yang ada padanya? Sesungguhnya semua perkara adalah kepunyaan Raja ini (Allah raja segala raja). Sekiranya kamu mencintai-Nya kamu akan lupa semua perkara yang lain. Jika kamu mengenali-Nya, ia sudah mencukupi bagi dirimu dan tidak perlu lagi kepada perkara yang lain.

Ahmad bin al-Fath berkata: Di dalam mimpiku, aku bertemu dengan Bisyr bin al-Harith, lalu aku bertanya kepadanya: Apakah yang dilakukan oleh Makruf al-Karkhi? Dia (Bisyr) menggeleng kan kepala lalu berkata: Amat jauh sekali kedudukannya kerana antara kami ada hijab (tabir). Makruf beribadat kepada Allah bukan kerana rindukan syurga atau takutkan neraka, tetapi kerana cinta dan rindunya kepada Allah. Lalu Allah mengangkat ruhnya ke sisi Nya (ar-Rafiqul A'ala), kemudian Dia mengangkat tabir di antara diri-Nya dan Makruf.

Apabila seseorang individu mencintai Allah Taala, hatinya akan tenggelam dalam cintanya dan tidak lagi menghiraukan syurga ataupun bimbangkan neraka. Dia telah mencapai kenikmatan yang tertinggi, yang tiada tolok bandingnya. Sebahagian ulamak berkata:

Berpisah dengan-Nya lebih siksa dari azab neraka. Manakala berhubungan dengan-Nya adalah lebih nikmat daripada syurga.


Nikmat melihat Allah Taala di alam akhirat lebih besar dari kelazatan mengenali-Nya di dunia. Memang menjadi sunnatullah bahawa selagi jiwa masih terpenjara di dalam badan, kehendak nafsu dituruti dan segala tabiat kemanusiaan menguasai diri, selama itulah ia akan terhalang dari melihat-Nya. Bahkan hidup ini sendiri adalah penghalang utama dari melihat Allah seumpama kelopak mata yang menghalang pandangan. Perbincangan ulamak berkenaan sebab berlakunya hijab ini adalah panjang. Namun apabila hijab ini tersingkap dengan berlakunya kematian, maka tinggallah jiwa dalam keadaan masih ada kekotoran duniawi. Apabila ahli syurga dimasukkan ke dalam syurga, mereka secara langsung telah dibersihkan dari segala kekotoran tersebut. Kemudian barulah Allah akan mendedahkan diri-Nya (tajalli) mengikut kadar makrifah mereka di dunia.

Sesiapa yang tidak mengenali Allah di dunia, dia tidak akan dapat melihat Allah di akhirat. Orang yang tidak pernah 'bersahabat' dengan Allah di dunia, Allah tidak akan menyam bung persahabatannya di akhirat kelak. Seseorang itu hanya akan menuai hasil daripada tanamannya sendiri. Begitu juga, seseorang itu akan mati mengikut keadaan semasa hidupnya. Makrifatullah inilah yang menyebabkan dia dapat menikmati penglihatan ini dan apabila Allah menyingkapkan hijab-Nya, semakin bertambahlah kelazatannya. Kehidupan sebenar adalah kehidupan di akhirat nanti. Firman Allah s.w.t.:



Kehidupan di akhirat nanti adalah mengikut kadar makrifah seseorang. Oleh itu ada sebuah hadis yang menyebut:


1 Telah ditakhrij sebelum daripada ini.

Ini kerana makrifah akan bertambah lengkap, bercambah dan meluas dalam usia yang panjang yang dihabiskan dengan sentiasa berfikir, berzikir, bermujahadah dan memutuskan hubungan dengan dunia serta tulus dalam memohon reda-Nya.

Berdasarkan apa yang kami telah sebutkan di atas, kamu dapat mengetahui dan memahami apakah ertinya kecintaan, erti lazatnya makrifat, erti melihat Allah dan kelazatannya serta hakikat bahawa ia adalah setinggi-tinggi nikmat bagi orang yang sempurna jiwanya.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment