Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan
Tajuk Mudarasah: Kecintaan Seorang Hamba Terhadap Allah Taala
Halaman Rujukan Kitab : 616
Nota Mudarasah:
vii- Dalam kecintaannya tersirat perasaan takut terhadap kehebatan dan kebesaran Allah yang dicintai.
Perasaan takut ini tidak menafikan mahabbah yang ada. Sifat sifat yang khusus bagi orang yang mencintai Allah ialah adanya perasaan takut kepada Allah seimbang dengan perasaan cintanya kepada-Nya. Sifat ini tidak dimiliki oleh orang lain. Tahap sifat takut ini berbeza antara satu sama lain. Tahap yang paling rendah ialah takut jika Allah tidak mempedulikannya. Kedua takut jika tidak dapat melihat Allah. Manakala tahap yang paling tinggi ialah takut jika dirinya dijauhkan dari Allah.
viii- Menyembunyikan cinta dan mengelak diri dari mengaku (mememperolehi mahabbah).
Seseorang itu hendaklah tidak mengzahirkan perasaan cintanya yang tinggi kepada Allah sebagai tanda mengagung dan membesarkan Allah serta mengakui kehebatan-Nya. Dia juga tidak suka rahsia cintanya itu terbongkar. Ini kerana cinta adalah rahsia seorang kekasih. Walau bagaimanapun, kadangkala cinta boleh menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan asyik dan tidak sedar sehingga rahsia cintanya itu terbongkar tanpa disengajakan. Orang yang sebegini adalah dimaafkan. Sepertimana yang disebut dalam sebuah ungkapan syair:
Orang yang hatinya bersama orang lain, bagaimanakah keadaannya
Dan orang yang rahsianya di kelopok matanya, bagaimana dia boleh menutupnya?
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment