Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan
Tajuk Mudarasah: Pengertian al-Uns (Kemesraan) dengan Allah dan Reda dengan Takdir-Nya
Halaman Rujukan Kitab : 618
Nota Mudarasah:
Pengertian al-Uns (Kemesraan) dengan Allah dan Reda dengan Takdir-Nya.
Sesiapa yang dikuasai oleh sifat al-Uns, keinginannya hanyalah untuk bersendirian dan berkhalwat dengan Allah. Ini kerana kemesraan bersama Allah akan membuatkannya meninggalkan selain-Nya. Padanya, perkara yang paling membebankan ialah perkara yang menghalang dan mengganggunya dari berkhalwat dengan Allah Taala.
Abdul Wahid bin Zaid berkata: Aku pernah berkata kepada seorang rahib: Kamu amat suka berkhalwat (bersendirian). Dia menjawab: Andaikata kamu merasai kemanisan berkhalwat tentu kamu ingin bersendirian sekalipun dari dirimu sendiri. Aku bertanya pula: Bilakah seseorang hamba dapat merasai kemanisan berkhalwat dengan Allah Taala?. Dia menjawab: Apabila kecintaannya tulus, hubungannya dengan Allah akan menjadi murni. Aku bertanya lagi: Bilakah cinta menjadi tulus?. Jawabnya: Apabila tumpuan menjadi satu iaitu hanya untuk mentaati-Nya.
Apabila ada orang yang bertanya: Apakah tanda-tanda kemes raan dengan Allah? Maka jawablah: Tanda-tanda yang khusus ialah dada terasa sempit dan jemu apabila bergaul dengan manusia. Jika dia bergaul, dia seolah-olah tiada di situ. Badannya bersama manusia tetapi hatinya sentiasa bersendirian.
Apabila kemesraan mula bertaut dan kukuh di hati, ia mungkin menyebabkan seseorang itu lebih bersifat terbuka dan berani serta manja dalam percakapannya dengan Allah Taala. Kadang-kadang, tindakan tersebut pada zahirnya kelihatan tidak baik dan tercela kerana mengandungi sifat melulu dan mengurangkan kehebatan Nya, walaupun tindakan ini boleh diterima Allah sekiranya ia dilakukan oleh orang yang telah sampai ke maqam 'al-Uns'. Namun begitu jika perkara ini timbul dari orang yang tidak sampai ke maqam tersebut, mungkin ia akan membawa kepada kekufuran.
Inilah yang telah diriwayatkan daripada Abu Hafs bahawa pada satu hari, ketika beliau sedang berjalan-jalan, tiba-tiba seorang lelaki datang menemuinya dalam keadaan terpinga-pinga. Beliau bertanya: Apa yang telah terjadi kepadamu? Lelaki itu menjawab: Keldaiku telah hilang. Aku tidak mempunyai apa-apa lagi selainnya. Abu Hafs terhenti seketika lalu beliau berkata: Demi kemuliaan-Mu, aku tidak akan berjalan walaupun selangkah selagi mana Engkau tidak kembalikan keldai itu kepadanya. Lalu keldai yang hilang itu pun muncul kembali.
Diriwayatkan bahawa seorang ahli ibadat yang bernama Barkhin telah keluar memohon hujan dari Allah dengan berdoa: Wahai Tuhan! Engkau tidak sekali-kali dituduh bersifat bakhil. Kurniakanlah apa yang ada di sisi-Mu. Turunkanlah hujan kepada kami sekarang juga. Terdapat beberapa tingkah laku atau percakapan yang boleh diterima jika dilakukan oleh golongan tertentu tetapi tidak diterima jika dilakukan oleh segolongan yang lain.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment