Wednesday, 16 February 2022

SIRI 269 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan

Tajuk Mudarasah: Pengertian Al-Uns (Kemesraan) Dengan Allah Dan Redha Dengan TakdirNya

Halaman Rujukan Kitab : 620

Nota Mudarasah:

Reda dengan ketentuan Allah Taala merupakan antara maqam tertinggi para muqarrabin (kedudukan orang yang hampir dengan Allah Taala). Ia adalah hasil dari maqam mahabbah dan hakikatnya begitu sukar difahami. Tiada siapa yang dapat memahaminya melainkan orang yang diberikan kefahaman oleh Allah s.w.t.. Di antara kelebihan sifat reda dengan takdir Allah Taala ini ialah sepertimana yang disebut dalam sebuah hadis, bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Apabila Allah Taala menghendaki seseorang hamba dipenuhi dengan kebaikan, Allah akan menganugerahkannya sifat reda terhadap apa yang ditetapkan kepadanya
1 Imam as-Suyuti menyebutnya dalam kitab al-Jami' as-Saghir (ms 37) dan disebut oleh ad-Dailami dalam kitab al-Firdaus melalui riwayat Abu Hurairah r.a.. Aku (pengarang) berpendapat hadith ini adalah daif sepertimana yang telah disebut oleh as-Suyuti dalam muqaddimahnya.

Allah Taala telah mewahyukan kepada Nabi Daud a.s.: Wahai Daud! Sesungguhnya kamu tidak akan bertemu-Ku dengan suatu amalan yang lebih membuatkan Aku meredaimu dan menghapuskan kesalahan-kesalaha melainkan reda dengan qada' takdir-Ku.

Apabila Saidina Ali bin Abi Talib r.a. melihat Adi bin Hatim yang sedang muram, beliau lalu berkata: Wahai Adi!, kenapa kamu muram dan bersedih? Adi menjawab: Kenapa aku tidak sedih?, dua orang anakku telah terbunuh dan mataku sendiri telah dicungkil keluar. Lalu Ali berkata: Wahai Adi! Sesiapa yang reda dengan ketentuan Allah Taala yang menimpa dirinya, ketentuan tetap berlaku dan dia akan memperolehi ganjaran pahala manakala sesiapa yang tidak reda kepada ketentuan Allah yang menimpa dirinya, ketentuan itu juga tetap berlaku kepadanya tetapi pahala amalannya akan gugur.

Suatu ketika Abu Darda' r.a. telah menziarahi seorang lelaki yang berada dalam keadaan nazak. Dalam keadaan sedemikian lelaki itu masih memuji Allah Taala. Lalu Abu Darda' pun berkata: Benarlah perbuatan kamu ini kerana apabila Allah menetapkan sesuatu ketentuan, Dia amat suka apabila ada orang meredai ketentuan-Nya itu.

Ibn Mas'ud r.a. pernah berkata: Sesungguhnya dengan keadilan dan perbuatan Allah Taala, Dia telah menjadikan kesenangan dan kegembiraan itu ada pada sifat yakin dan reda, manakala kemuraman dan kesedihan pula ada pada sifat syak wasangka dan marah dengan ketentuan Allah.

Ibn Mas'ud r.a. pernah berkata: Sesungguhnya dengan keadilan dan perbuatan Allah Taala, Dia telah menjadikan kesenangan dan kegembiraan itu ada pada sifat yakin dan reda, manakala kemuraman dan kesedihan pula ada pada sifat syak wasangka dan marah dengan ketentuan Allah.

Ketika Alqamah menjelaskan firman Allah Taala:



Beliau berkata: Iaitu musibah yang menimpa seseorang lelaki, lalu dia mengetahui bahawa ia adalah dari Allah. Dengan itu dia pasrah dan reda dengan ketentuan-Nya itu.

Ketika Abu Mu'awiyah al-Aswad menghuraikan ayat:



Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment