Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan
Tajuk Mudarasah: Pengertian Al-Uns (Kemesraan) Dengan Allah Dan Redha Dengan TakdirNya
Halaman Rujukan Kitab : 620
Nota Mudarasah:
Beliau berkata: Iaitu hidup dengan perasaan reda dan berpada.
Dalam sebuah hadith¹ ada menceritakan: Salah seorang nabi telah mengadu kepada Allah mengenai kelaparan dan kefakiran yang menimpanya selama 10 tahun, namun pengaduannya itu tidak diterima oleh Allah s.w.t.. Kemudian Allah Taala mewahyukan kepadanya: Sudah berapa lama kamu mengadu kepada-Ku? Begitulah ketentuan permulaan urusanmu yang termaktub dalam ummul kitab (Luh Mahfuz) sebelum Aku mencipta langit dan bumi dan itulah juga perkara yang akan berlaku menurut ketentuan-Ku. Demikianlah ketentuan-Ku yang Aku putuskan kepadamu sebelum Aku mencipta dunia ini lagi. Adakah kamu ingin Aku ulangi penciptaan dunia ini semata-mata keranamu? Atau apakah kamu ingin Aku mengubah apa yang Aku telah takdirkan kepadamu, lalu jadilah kesukaan dan kemahuanmu mengatasi kesukaan dan kemahuan-Ku?. Demi keagungan dan ketinggian-Ku, kalau perkara itu bermain-main lagi di dalam dadamu, Aku akan memadamkan namamu dari senarai para nabi.
1 Hadis ini tiada sandarannya.
Dalam kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s. ada dinyatakan: Adakah kamu tahu siapakah manusia yang paling cepat melintasi titian as-Sirot?. Mereka adalah golongan yang reda dengan penghukuman-Ku dan lidah mereka sentiasa basah menyebut nama Ku. Nabi Daud a.s. bertanya kepada Allah: Wahai Tuhan! Siapakah di kalangan hamba-Mu yang paling Engkau murkai? Allah swt. berfirman: Seseorang hamba yang berdoa memohon pilihan terbaik (istikharah) dalam sesuatu urusannya lalu Aku pilih untuknya, tetapi dia tidak meredainya.
Umar bin Abdul Aziz pernah berkata: Tidak ada kegembiraan yang tinggal untukku melainkan dalam perkara yang sudah ditakdirkan. Beliau juga pernah ditanya: Apakah perkara yang tuan paling suka?. Jawab Umar: Aku suka dengan apa sahaja yang telah ditentukan oleh Allah Azzawajalla.
Al-Hassan menyatakan: Sesiapa yang meredai dengan apa yang telah ditentukan baginya, Allah akan memberikannya kelapangan dan akan memberkatinya. Siapa yang tidak reda dengan apa yang telah ditentukan untuknya, dia tidak akan mendapat kelapangan dan keberkatan tersebut.
Abdul Wahid bin Zaid pernah berkata: Keredaan adalah pintu Allah yang paling besar, syurga kepada dunia dan kerehatan kepada ahli ibadat,
Sebahagian ulamak mengatakan: Orang yang reda dengan Allah dalam apa sahaja keadaan, akan mendapat darjat tertinggi di sisi Allah Taala pada hari akhirat. Sesiapa yang diberikan perasaan reda kepadanya, sesungguhnya dia telah mendapat kedudukan yang paling mulia.
Pada suatu pagi, seorang lelaki badwi telah kematian banyak ekor unta peliharaannya, lalu dia berkata:
Tidak, demi Tuhan yang aku adalah seorang hamba yang mengabdikan diri kepada-Nya
Jika tidak kerana musuh yang berdendam akan bergembira (dengan musibahku ini),
Tentu aku tidak gembira jika unta-untaku masih berada di tempatnya,
Begitulah juga, jika sesuatu yang telah ditentukan Allah tidak berlaku.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment