Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan
Tajuk Mudarasah: Doa Tidak Berlawanan dengan Konsep Reda
Halaman Rujukan Kitab : 629
Nota Mudarasah:
Jawapan kita ialah: Reda dan membenci adalah perkara yang berlawanan jika ia berlaku pada satu perkara, dari arah dan bentuk yang sama. Namun, jika dalam perkara yang satu itu kamu reda pada satu aspek dan membenci pada aspek yang lain, ia tidaklah membawa maksud yang berlawanan. Contohnya: Musuh kamu meninggal dunia dan dia juga merupakan musuh kepada sebahagian musuh kamu yang lain yang sentiasa mencari jalan untuk membinasakannya. Ketika itu kamu akan bersedih dengan kematiannya di atas sifatnya sebagai musuh kepada musuh kamu yang lain. Namun begitu kamu juga akan bergembira dengan kematiannya kerana dia sendiri adalah musuh kamu.
Begitulah keadaannya dengan perbuatan maksiat. Ia mempunyai dua aspek. Satu aspek ialah berkenaan Allah Taala, di mana perbuatan itu adalah pilihan dan kehendak-Nya yang telah diputuskan-Nya. Justeru, kamu meredainya semata-mata kerana pasrah segalanya kepada Allah. Manakala aspek kedua ialah berkenaan hamba itu sendiri, di mana maksiat itu adalah usahanya sendiri dan juga kerana sifatnya (yang suka melakukan maksiat) serta tanda bahawa dia dimurkai dan dibenci oleh Allah Taala. Di mana Allah menimpakannya dengan faktor-faktor yang menyebab kannya melakukan maksiat dan seterusnya menjauhkan diri daripada Allah Taala. Dari aspek ini, dia wajar dibenci dan dikeji.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment