Wednesday, 2 March 2022

SIRI 283 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur

Tajuk Mudarasah: Hakikat Niat, Kelebihan dan Segala Yang Berkaitan Dengannya

Halaman Rujukan Kitab : 637

Nota Mudarasah:

Kedua: Ketaatan.

Kesahihan sesuatu ketaatan dan bergandanya pahala ketaatan tersebut adalah bergantung kepada niat. Maksud kesahihan sesuatu ketaatan ialah dia berniat melakukan ibadat semata-mata kerana Allah Taala dan tidak kerana yang lain. Sekiranya amalan itu dilakukan dengan riya', amalan itu akan menjadi satu maksiat kepada Allah.

Manakala maksud bergandanya pahala pula ialah dengan banyaknya niat yang baik, pahalanya juga akan berganda. Satu amal ketaatan boleh diniat dengan beberapa kebaikan. Setiap niat tersebut diberikan pahala dan pahala itu kemudiannya akan berganda sepuluh kali ganda. Umpamanya orang yang duduk di dalam masjid. Amalan ini adalah satu ketaatan tetapi dalamnya dia boleh memasang pelbagai niat yang baik. Contohnya: Berniat untuk menunggu masuknya waktu sembahyang, untuk beriktikaf⁷⁰³ dan untuk menahan angggota badan dari melakukan perkara maksiat. Antara niatnya juga ialah untuk menolak sebarang perkara yang memalingkannya dari mengingati Allah Taala dan seumpamanya. Inilah cara membanyakkan niat. Oleh itu kiaskanlah dengan amalan-amalan yang lain. Setiap amalan ketaatan boleh menerima banyak niat yang baik.
703 Kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya secara terperinci. Kamu boleh mendalaminya melalui risalahku yang bertajuk al-Insof Fi Ahkaamil I'tikaf. Semoga Allah mempermudahkan penyempurnaan dan penyebarannya. Lihat juga juzuk ketiga kitab Irsyaadus Saari oleh ustaz kami Muhammad Syaqrah.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment