Friday, 4 March 2022

SIRI 285 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur

Tajuk Mudarasah: Hakikat Niat, Kelebihan dan Segala Yang Berkaitan Dengannya

Sub Tajuk: Bentuk Niat Yang Membawa Pehala Pada Yang Harus

Halaman Rujukan Kitab : 638

Nota Mudarasah:

Ketahuilah bahawa niat adalah dorongan dan kecenderungan jiwa untuk melakukan sesuatu perkara yang dirasakan baik untuknya sama ada secara segera ataupun pada masa yang akan datang. Mungkin ada orang jahil mendengar apa yang kita bicarakan berkenaan membetulkan niat ini lalu dia berkata ketika makan: "Aku makan kerana Allah Taala" atau berkata ketika membaca: "Aku membaca kerana Allah Taala". Dia menyangka itu semua adalah niat sedangkan hakikatnya bukan begitu. Niat adalah dorongan dari hati dan mengalir seumpama ilham dari Allah.

Niat tidak termasuk dalam perkara yang boleh diusahakan kerana kadangkala ia begitu senang untuk dilakukan dan kadang kala ia agak susah. Pada kebiasaannya ia menjadi senang kepada orang yang hatinya cenderung kepada agama dan bukan kepada dunia.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment