Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Hakikat Niat, Kelebihan dan Segala Yang Berkaitan Dengannya
Sub Tajuk: Kategori Manusia Dari Aspek Niat Halaman Rujukan Kitab : 639
Nota Mudarasah:
Dalam aspek niat ini, manusia terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah:
i. Orang yang beramal kerana didorong oleh perasaan takut yang terdetik di dalam jiwa.
ii. Orang yang beramal kerana mengharapkan pahala dan syurga dari Allah.
iii. Orang yang melakukan ketaatan kerana membesarkan Allah Taala kerana sememangnya Dialah yang berhak ditaati dan disembah.
Ini adalah maqam yang lebih tinggi daripada kedua-dua golongan di atas. Maqam sebegini tidak akan dapat dicapai oleh mereka yang mementingkan dunia kerana ia adalah maqam niat yang paling mulia dan tinggi. Sedikit sahaja mereka yang memahaminya apatah lagi memperolehinya. Orang yang men capai tahap ini tidak lekang dari berzikir kepada Allah Taala dan memikirkan kebesaran-Nya lantaran cintanya kepada-Nya.
Ahmad bin Khadrawaih menceritakan bahawa beliau bermimpi bertemu Tuhan yang telah berkata kepadanya: Seluruh manusia memohon sesuatu dariku tetapi Abu Yazid ini memohon-Ku sendiri.⁷⁰⁴
704 Tidak boleh bepegang kepada mimpi ini sekalipun sahih. Mimpi sebegini banyak diperkatakan dalam kitab ini dan ia memerlukan kajian yang lebih mendalam untuk memastikan kesahihannya.
Maksud kami ialah niat-niat tersebut di atas adalah berbeza beza darjatnya. Sesiapa yang hatinya dikuasai oleh sesuatu niat, mungkin tidak mudah baginya untuk mengubah kepada niat yang lain. Siapa yang mempunyai niat (yang baik) dalam perkara yang harus tetapi tidak terlintas dalam perkara yang berfdhilat (sunat). maka mengerjakan perkara harus tersebut adalah lebih baik kerana kelebihan pahala telah berpindah kepada perkara harus tersebut.
Umpamanya dia makan dan tidur dengan niat untuk menguatkannya beribadat dan merehatkan badan, tetapi dalam masa yang sama tidak terlintas di hatinya untuk bersembahyang ataupun berpuasa. Ketika itu, makan dan tidur adalah lebih afdal. Bahkan jika dia merasa jemu kerana terlalu banyak mengerjakan ibadat dan dia menyedari bahawa dengan merehatkan diri sekejap akan mengembalikan kecergasannya, ketika itu rehat tersebut adalah lebih afdal daripada beribadat.
Saidina Ali k.w. berkata: Rehatkanlah hati-hati kamu dan carikan untuknya hikmah-hikmah yang menarik kerana ia juga boleh menjadi jemu sepertimana anggota badan yang lain. Setengah ulamak berkata: Rehatkanlah hati-hati kamu, nescaya ia akan mudah memahami dan menerima peringatan.
Semua hakikat ini hanya dapat diketahui berdasarkan apa yang dilalui dan dialami oleh para ulamak. Seorang doktor pakar mungkin boleh mengubati demam panas dengan menggunakan daging walaupun daging merupakan unsur panas. Ini kerana tujuannya ialah untuk mengembalikan kekuatan pesakit tersebut supaya mampu untuk menerima rawatan. Tetapi perkara ini mungkin dipandang mustahil oleh orang yang bukan pakar dalam perubatan. Begitu juga pakar dalam peperangan. Dia mungkin melarikan diri di hadapan musuhnya sebagai helah agar dia menariknya ke tempat perangkap.
Menyelusuri jalan Allah seluruhnya merupakan satu peperangan terhadap syaitan dan mengubat penyakit hati. Orang yang celik matahatinya yang diberi taufik oleh Allah Taala akan menuruti jalan ini dengan menggunakan tipu helah yang licik yang kekadangnya dirasakan pelik oleh mereka yang lemah jiwanya\. Mereka tidak sepatutnya menafikan atau menganggap mustahil terhadap apa yang mereka tidak ketahui. Bahkan mereka hendaklah menyerahkan urusan itu kepada orang yang ahli, yang faham masalah hati sehingga segala rahsia itu nanti akan terbuka jua di hadapan mereka atau mereka juga sampai ke maqam tersebut.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment