Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Kedua: Fadilat Ikhlas, Hakikat dan Darjatnya
Sub Tajuk: Hakikat Niat Halaman Rujukan Kitab : 640
Nota Mudarasah:
Kedua: Fadilat Ikhlas, Hakikat dan Darjatnya
Firman Allah Taala:
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ
Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid.
أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik).
Nabi s.a.w. bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a.:
َ
أَخْلِصْ دِيْنَكَ يَكْفِكَ القَلِيْلُ مِنَ العَمَلِ
Ikhlaskanlah (amalan) agama kamu, nescaya amalan yang sedikit pun akan mencukupkan kamu.⁷⁰⁵
705 As-Suyuti menyebutnya dalam kitab Jamie' as-Soghir dengan menyandarkannya kepada riwayat Ibnu Abu Dunia dalam bab ikhlas dan riwayat al-Hakim daripada Muaz r.a.. Al-Manawi dalam kitab al Faidh (1/217) telah menambahkan sanadnya kepada ad-Dailami. Aku menyatakan: Hadis ini daif dan terputus sanadnya.
Dalam satu riwayat Anas r.a. katanya:
Apabila tiba hari kiamat, malaikat datang membawa suratan suratan amal yang ditutup. Lalu Allah Azzawajalla berfirman: Buang yang ini dan ambil yang itu. Malaikat berkata: Demi kemuliaan-Mu, kami hanya menulis apa yang dilakukannya. Allah Taala berfirman: Sesungguhnya amalannya ini dilakukan kerana yang lain dari-Ku, (bukan kerana-Ku). Pada hari ini Aku hanya menerima apa yang dilakukan kerana-Ku.⁷⁰⁶
706 Ini adalah perkhabaran daripada Anas r.a.. Oleh itu ia termasuk dalam hadis marfu'.
Nabi s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya para malaikat mengangkat amalan seseorang hamba lalu mereka memandang besar dan hebat serta memuji-muji amalannya itu. Allah Taala mewahyukan kepada mereka: Kamu semua hanyalah menjaga amalan hamba-Ku sedangkan Aku pula adalah pemerhati kepada apa yang berada dalam hatinya. Hamba-Ku itu tidak ikhlas amalannya maka letakkanlah suratan amalnya itu dalam sijjin'. Mereka juga mengangkat amalan seorang yang lain sambil memandang kecil dan sedikit. Allah berfirman kepada mereka: Kamu semua hanyalah menjaga amalan hamba-Ku sedangkan Aku pula adalah pemerhati kepada apa yang berada dalam hatinya. Gandakanlah pahala amalan-amalan itu dan letakkanlah suratan amalnya dalam 'illiyyin'.⁷⁰⁷
707 As-Suyuti menyebutnya dalam kitabnya al-Jamie' as-Soghir dan dinisbahkanya kepada Ibn al-Mubarak daripada Hamzah bin Habib secara mursal. Aku menyatakan: Aku tidak pernah melihatnya dalam az-Zuhd karya Ibn al-Mubarak dinisbahkanya kepada Ibn al-Mubarak daripada Hamzah bin Habib secara mursal. Aku menyatakan: Aku tidak pernah melihatnya dalam az-Zuhd karya Ibn al-Mubarak.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Kedua: Fadilat Ikhlas, Hakikat dan Darjatnya
Sub Tajuk: Hakikat Niat Halaman Rujukan Kitab : 640
Nota Mudarasah:
Kedua: Fadilat Ikhlas, Hakikat dan Darjatnya
Firman Allah Taala:
Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid.
(Al-Bayyinah: 5)
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik).
(Az-Zumar: 3)
Nabi s.a.w. bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a.:
Ikhlaskanlah (amalan) agama kamu, nescaya amalan yang sedikit pun akan mencukupkan kamu.⁷⁰⁵
Dalam satu riwayat Anas r.a. katanya:
Apabila tiba hari kiamat, malaikat datang membawa suratan suratan amal yang ditutup. Lalu Allah Azzawajalla berfirman: Buang yang ini dan ambil yang itu. Malaikat berkata: Demi kemuliaan-Mu, kami hanya menulis apa yang dilakukannya. Allah Taala berfirman: Sesungguhnya amalannya ini dilakukan kerana yang lain dari-Ku, (bukan kerana-Ku). Pada hari ini Aku hanya menerima apa yang dilakukan kerana-Ku.⁷⁰⁶
706 Ini adalah perkhabaran daripada Anas r.a.. Oleh itu ia termasuk dalam hadis marfu'.
Nabi s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya para malaikat mengangkat amalan seseorang hamba lalu mereka memandang besar dan hebat serta memuji-muji amalannya itu. Allah Taala mewahyukan kepada mereka: Kamu semua hanyalah menjaga amalan hamba-Ku sedangkan Aku pula adalah pemerhati kepada apa yang berada dalam hatinya. Hamba-Ku itu tidak ikhlas amalannya maka letakkanlah suratan amalnya itu dalam sijjin'. Mereka juga mengangkat amalan seorang yang lain sambil memandang kecil dan sedikit. Allah berfirman kepada mereka: Kamu semua hanyalah menjaga amalan hamba-Ku sedangkan Aku pula adalah pemerhati kepada apa yang berada dalam hatinya. Gandakanlah pahala amalan-amalan itu dan letakkanlah suratan amalnya dalam 'illiyyin'.⁷⁰⁷
707 As-Suyuti menyebutnya dalam kitabnya al-Jamie' as-Soghir dan dinisbahkanya kepada Ibn al-Mubarak daripada Hamzah bin Habib secara mursal. Aku menyatakan: Aku tidak pernah melihatnya dalam az-Zuhd karya Ibn al-Mubarak dinisbahkanya kepada Ibn al-Mubarak daripada Hamzah bin Habib secara mursal. Aku menyatakan: Aku tidak pernah melihatnya dalam az-Zuhd karya Ibn al-Mubarak.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment