Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Kedua: Fadilat Ikhlas, Hakikat dan Darjatnya
Sub Tajuk: Ikhlas Senjata Melawan Syaitan
Halaman Rujukan Kitab : 642
Nota Mudarasah:
Diriwayatkan daripada al-Hasan, katanya: Pada zaman dahulu terdapat sebatang pokok yang disembah oleh orang ramai. Seorang lelaki pergi kepadanya dan berkata: Aku akan menebang pokok ini. Dia pun pergi untuk menebangnya semata-mata kerana Allah. Di pertengahan jalan, dia bertemu dengan syaitan yang menjelma sebagai seorang lelaki, dan berkata kepadanya: Apa yang kamu ingin lakukan? Dia berkata: Aku mahu menebang pokok ini yang disembah selain Allah Taala. Syaitan berkata: Jika kamu tidak menyembahnya, maka apakah mudaratnya terhadap dirimu apabila orang lain menyembahnya?. Lelaki itu berkata: Aku tetap akan menebangnya. Syaitan itu berkata kepadanya: Adakah kamu mahu perkara yang lebih baik lagi dari melakukan perkara ini? Jangan tebang pokok itu dan kamu akan mendapat sebanyak dua dinar yang terletak di bawah bantal kamu pada setiap pagi. Lelaki itu berkata: Siapa yang berikannya kepadaku? Syaitan berkata: Aku. Dia pun pulang ke rumah dan pada pagi keesokannya dia mendapati dua dinar di bawah bantalnya. Pagi berikutnya, dia mengangkat bantalnya tetapi dia tidak menjumpai apa-apa. Serta-merta dia naik marah dan kembali berazam untuk menebang pokok tersebut. Syaitan kembali menjelma di depannya dalam bentuk rupanya dan berkata: Apa yang kamu mahu lakukan? Dia berkata: Aku mahu tebang pokok ini yang disembah selain Allah Taala. Syaitan berkata: Kamu bohong, kamu tidak akan mampu menebangnya. Lalu lelaki itu mara ke depan untuk menebang, tiba-tiba syaitan itu memukulnya sehingga jatuh tersungkur, lalu mencekiknya sehingga hampir membunuhnya. Kemudian syaitan berkata kepadanya: Kamu tahu siapa aku? Akulah syaitan. Syaitan berkata lagi: Kali pertama kamu datang untuk menebang pokok ini, kamu memang marah kerana Allah dan ketika itu aku tidak boleh mengalahkan kamu. Dengan dua dinar itu, aku berjaya menipu kamu lalu kamu tidak jadi menebangnya. Apabila kamu kembali untuk kali kedua, ketika itu kamu marah kerana dua dinar tersebut. Oleh sebab itulah aku berjaya mengalahkanmu.
Ma'ruf al-Kurki sentiasa memukul diri sendiri dengan berkata: Wahai diri, ikhlaskan diri nescaya kamu akan terselamat.
Abu Sulaiman berkata: Bahagialah siapa yang setiap langkah nya hanyalah untuk mendapatkan keredaan Allah Taala.
Diceritakan bahawa seorang lelaki selalu berpakaian wanita dan pergi ke majlis-majlis perempuan sama ada perkahwinan ataupun kematian. Pada suatu hari dia pergi ke majlis perhimpunan wanita. Tiba-tiba berlaku satu kecurian permata di majlis tersebut. Para tetamu kelihatan jerit menjerit: Tutup semua pintu!!! Kita akan buat pemeriksaan. Kemudian mereka memeriksa badan setiap tetamu yang berada di majlis itu seorang demi seorang sehinggalah tiba gilirannya bersama dengan seorang wanita yang berada di sebelahnya. Memandangkan gentingnya di saat itu, lelaki itu berdoa dengan penuh ikhlas: Wahai Tuhan, sekiranya Engkau selamatkan aku dari keaiban yang akan berlaku ini, aku berjanji tidak akan melakukan perkara ini lagi. Tiba-tiba permata tersebut dijumpai pada badan wanita yang berada di sebelahnya lalu mereka menjerit: Biarkanlah (usah diperiksa) wanita itu (lelaki yang menyamar wanita), kerana kita telah menjumpai permata tersebut.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment