Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Hakikat Keikhlasan
Halaman Rujukan Kitab : 643
Nota Mudarasah:
Hakikat Keikhlasan
Setiap perkara boleh tercemar disebabkan sesuatu yang lain. Apabila ia menjadi bersih dan bebas darinya maka itu dinamakan ikhlas (tulus). Ikhlas lawannya syirik. Siapa yang tidak ikhlas, dia dikira syirik. Tetapi syirik mempunyai beberapa darjat. Ikhlas dalam aspek tauhid lawannya menyengutukan Allah.
Syirik pula ada yang terang dan ada yang tersembunyi. Begitu juga ikhlas. Dalam bab terdahulu kita telah menyebut beberapa peringkat riya'. Apa yang ingin kami perkatakan sekarang adalah berkenaan seseorang yang terdorong untuk melakukan sesuatu amalan dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah Taala tetapi bercampur dengan dorongan yang lain sama ada riya' atau kepentingan-kepentingan diri yang lain.
Contohnya orang yang berpuasa untuk mendapat manfaat kesihatan dari ibadat tersebut di samping untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala. Begitu juga orang yang memerdekakan hamba dengan tujuan melepaskan beban nafkah ataupun kerana perangai buruk hamba tersebut. Atau orang yang menunaikan haji dengan tujuan melapangkan fikiran melalui musafir atau melepaskan diri dari bahaya yang bakal menimpanya; berperang untuk tujuan berlatih atau mempelajari selok-beloknya atau bersembahyang malam dengan tujuan untuk menghilangkan rasa mengantuk kerana manu menjaga binatang ternakan atau ahli keluarganya.
Begitu juga orang yang mempelajari sesuatu ilmu untuk memudahkannya mendapatkan harta yang secukupnya, atau mengajar kerana merasa seronok dapat bercakap atau sebagainya. Apabila tujuan asalnya mendekatkan diri kepada Allah Taala tetapi ia telah bercampur dengan pelbagai dorongan lain sebagaimana yang telah disebutkan sehingga amalannya itu menjadi ringan (mudah untuk dia melakukannya) semata-mata kerana dorongan-dorongan tersebut, itu bermakna dia telah terkeluar dari sempadan ikhlas.
Manusia jarang dapat melepaskan diri dari perkara-perkara ini dalam perbuatan atau amal ibadat mereka.....
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment