Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.50 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Muhasabah (Menghitung Diri) dan Muraqabah (Berwaspada dan Merasakan Diri Sentiasa Diawasi oleh Allah)
Sub Tajuk: Prinsip Keempat: Al-Mu'aqabah (Mendenda Diri Kerana cuai)
Halaman Rujukan Kitab : 660
Nota Mudarasah:
Prinsip Keempat: Al-Mu'aqabah (Mendenda Diri Kerana cuai)
Apabila al-murid⁷²¹ melakukan muhasabah diri dan mendapati berlaku kelalaian ataupun maksiat, dia tidak boleh membiarkannya begitu sahaja kerana tindakan itu akan menjadikannya sentiasa terdedah kepada maksiat dan sukar untuk menjauhinya. Bahkan sepatutnya dia perlu mendenda dirinya dengan pelbagai hukuman yang harus dilakukan sepertimana juga dia mendenda ahli keluarga dan anak-anaknya.
721 Orang yang mahu mencari kebahagiaan di akhirat-pent.
Diriwayatkan bahawa Umar r.a. telah keluar melawat kebun miliknya dan apabila beliau kembali, orang ramai telah selesai sembahyang asar. Lalu dia berkata: Aku telah keluar ke kebunku itu dan apabila aku kembali, orang ramai telah selesai solat. Kalau demikian, kebunku itu aku sedekahkan kepada fakir miskin. Al-Laith berkata: Beliau hanya ketinggalan solat berjamaah.
Diriwayatkan kepada kami bahawa pernah satu ketika beliau (Umar r.a.) sibuk dengan suatu urusan sehingga hanya menunaikan solat maghrib ketika muncul dua bintang di langit. Apabila selesai solat, beliau memerdekakan dua orang hamba sebagai denda kelewatannya itu.
Diriwayatkan bahawa pada satu malam Tamim ad-Dari r.a. tidur begitu nyenyak sekali sehingga tidak terbangun untuk bertahajjud pada malam itu. Lalu beliau mendenda dirinya dengan berqiamullail selama setahun berturut-turut tanpa tidur.
Diceritakan bahawa Hasan bin Sinan telah lalu di depan sebuah bilik lalu berkata: Bilakah bilik ini dibina?. Kemudian dia muhasabah dirinya semula, lalu berkata: Kamu bertanya apa yang tidak ada kena mengena dengan kamu! Aku akan mendenda kamu dengan berpuasa selama satu tahun. Lalu dia pun melaksanakannya.⁷²²
722 Masih perlu dilihat dan dibincangkan sejauh manakah kesahihan kedua dua riwayat di atas. Ini kerana tindakan tersebut bukanlah daripada petunjuk Nabi s.a.w. sekali-kali. Lihat komentar pengarang selepas ini.
Manakala denda atau hukuman dengan cara yang tidak dibenarkan adalah haram dilakukan. Contohnya: Cerita berke naan seorang lelaki Bani Israel yang telah meraba peha seorang perempuan. Apabila beliau menginsafi (setelah muhasabah), lalu beliau meletakkan tangannya itu ke atas api sehingga lumpuh tangannya. Dalam cerita yang lain, seorang lelaki telah keluar untuk berzina dengan seorang perempuan. Kemudian dia terfikir: Apakah sebenarnya yang aku ingin lakukan ini?. Apabila dia menarik balik keinginannya, dia berkata: Alangkah jauhnya kaki yang telah dikeluarkan untuk tujuan maksiat. Janganlah kamu pulang lagi bersama aku. Lalu dia memotong kakinya itu dan membiarkannya ditimpa hujan dan angin sehingga hancur. Dan cerita yang lain pula, seorang lelaki telah melihat seorang perempuan, lalu dia mencungkil keluar kedua-dua biji matanya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment