Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.50 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Muhasabah (Menghitung Diri) dan Muraqabah (Berwaspada dan Merasakan Diri Sentiasa Diawasi oleh Allah)
Sub Tajuk: Prinsip Kelima: Al-Mujahadah (Berusaha bersungguh-sungguh)
Halaman Rujukan Kitab : 662
Nota Mudarasah:
Prinsip Kelima: Al-Mujahadah (Berusaha bersungguh-sungguh)
Apabila seseorang bermuhasabah lalu mendapati dirinya ada melakukan maksiat, dia hendaklah mendenda dirinya sepertimana yang kita sebutkan tadi. Jika dia dapati dirinya cuai dan tidak bersungguh-sungguh dalam mengerjakan amalan-amalan sunat (al fadhoil) atau wirid dan zikir lantaran sifat malas yang ada padanya, dia perlu mendidik dirinya dengan menggandakan lagi wirid dan zikir tersebut. Pada satu hari, Ibnu Umar r.a. telah tertinggal satu solat berjemaah, lalu beliau bersembahyang sepanjang malam tersebut.
Jika dia tidak mampu untuk berwirid, dia perlu bersungguh sungguh memaksa diri setakat kemampuannya. Ibn Mubarak berkata: Orang yang soleh sentiasa terdorong kepada kebaikan secara tabi'ie, manakala diri kita tidak akan terdorong kepadanya kecuali dengan paksaan. Antara perkara yang boleh membantu kita untuk bermuja hadah ialah cerita-cerita dan kelebihan orang yang beribadah dengan bersungguh-sungguh serta berkawan dengan mereka untuk mencontohi apa yang mereka telah lakukan.
Sebahagian ulamak menyatakan: Jika datang kepadaku perasaan malas untuk beribadat, aku akan memandang wajah Muhammad bin Wasi' dan melihat usaha yang dia telah lakukan. Aku lakukan demikian selama seminggu.
Diriwayatkan bahawa 'Amir bin Qais telah bersembahyang sebanyak seribu rakaat setiap hari. Al-Aswad bin Yazid pula terus menerus berpuasa sehingga badannya pucat kehijauan atau kekuningan. Ketika Masruq melaksanakan ibadah haji, beliau hanya tidur dalam keadaan sujud. Daud at-Toie pula mengisi perutnya hanya dengan meminum air yang dicampur dengan roti yang telah dihancurkan sebagai ganti kepada roti yang elok. Antara dua tegukan dia akan membaca 50 ayat al-Quran. Karzu bin Wabrah pula mengkhatamkan al-Quran sebanyak tiga kali setiap hari. Diriwayatkan bahawa Umar bin Abdul Aziz dan Fathu al Mausily telah menangis air mata darah. Empat puluh orang ulamak terdahulu telah bersembahyang subuh dengan wuduk yang mereka ambil semenjak sepertiga pertama malam.
Abu Muhammad al-Haririy telah beriktikaf selama satu tahun. Beliau tidak pernah bercakap ataupun tidur. Beliau juga tidak bersandar ke dinding dan tidak melunjurkan kakinya. Lalu Abu Bakr al-Kattani berkata kepadanya: Bagaimana kamu boleh melakukan ini semua?. Beliau menjawab: Dia (Allah) mengetahui kejujuran batinku lalu Dia membantu zahirku.
Orang ramai telah berjumpa dengan Zahlah, wanita yang kuat beribadat lalu mereka menyuruhnya agar mengasihani dirinya sendiri (jangan terlampau kuat beribadat sehingga memudarat kan diri). Lalu Zahlah berkata: Hari-hari di dunia ini terlalu cepat berlalu. Siapa yang ketinggalan sesuatu pada hari ini, dia tidak akan menemuinya lagi pada esok hari. Demi Allah, wahai saudara saudara! Aku akan bersembahyang selagimana anggota badanku mampu, aku akan berpuasa selagi nyawa dikandung badan dan aku akan menangis selagi air mata masih ada.
Barang siapa yang ingin meneliti perjalanan hidup golongan ini serta melihat kesungguhan mereka dalam beribadat, rujuklah kitabku yang bertajuk Sifatus Sofwah⁷²⁵. Di sana terdapat cerita-cerita berkenaan ahli ibadat dahulu di mana jika dia membandingkan dirinya dengan mereka, dia akan dapati dirinya seumpama orang yang telah mati (seolah-olah tidak melakukan apa-apa) kerana kekurangan amalannya berbanding dengan mereka. Begitu juga cerita-cerita ahli ibadat wanita yang mana setiap orang yang mendengarnya akan menyedari betapa kerdil dan hinanya diri sendiri.
725 Telah dicetak beberapa kali. Cetakan yang paling masyhur dan baik sekali ialah cetakan yang ditahqiq oleh Mahmud Fakhuri dan yang ditakhrijkan oleh Dr Muhd Rawwas Qal'aji, cetakan di Syam pada tahun 1391 M.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment