Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.50 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Muhasabah (Menghitung Diri) dan Muraqabah (Berwaspada dan Merasakan Diri Sentiasa Diawasi oleh Allah)
Sub Tajuk: Prinsip Keenam: Al-Mu'atabah (Mencela Dan Menghina Diri Sendiri)
Halaman Rujukan Kitab : 667
Nota Mudarasah:
Tafakkur
Dalam al-Quran, Allah s.w.t. telah memerintahkan supaya bertafakkur dan bertadabbur. Allah juga memuji orang yang bertafakkur sebagaimana dalam firman-Nya:
وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا
Dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia.
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.
Abdullah bin Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
تفكروا في آلاء الله ولا تفكروا في الله
Berfikirlah kamu tentang kurniaan Allah, dan jangan sekali kali kamu berfikir tentang zat Allah.⁷²⁷
727 Riwayat at-Tobrani dalam al-Ausot (6456), al-Laalakaa`ie dalam kitab as Sunnah (1/119/1-2) dan al-Baihaqi dalam as-Sya'bu (1/75-Hind). Sanadnya terlalu daif kerana terdapat al-Wazi' bin Nafie', seorang yang dinafikan kesahihan riwayatnya, sebagaimana yang terdapat dalam kitab al-Majma'. Ibnu Asakir juga telah meriwayatkannya dalam kitab al-Amali (19/50/1) daripada Abu Hurairah r.a.. Sanadnya juga daif. Abu Naim dalam kitab al-Hilyah (6/66-67) juga meriwayatkannya daripada Abdullah bin Salam r.a.. Sanadnya juga daif. Dalam bab ini juga terdapat riwayat daripada Abu Zar dan Ibnu Abbas r.a.. Dengan riwayat dan sanad-sanad ini, hadis di atas menjadi hadis hasan, insya Allah. Inilah yang ditegaskan oleh Syeikh al-Albani dalam kitab Silsilah al-Ahadis as-Shahihah (no. 1788). Dari situlah aku rumuskan semakan aku yang begitu bernilai ini.
Abu Darda' r.a. berkata: Bertafakkur untuk seketika adalah lebih baik daripada berqiamullail sepanjang malam.
Wahab bin Munabbih pula berkata: Apabila seseorang itu berfikir panjang, dia akan faham. Apabila faham dia akan memperolehi ilmu. Apabila berilmu dia akan beramal.
Bisyr al-Hafi berkata: Jika manusia memikirkan keagungan Allah, nescaya mereka tidak akan menderhakai-Nya.
Apabila al-Firyaabi membaca firman Allah s.w.t:
سَأَصْرِفُ عَنْ آيَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ
Aku akan memalingkan (hati) orang yang sombong takabbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (me mahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku).
Dia berkata: Ayat ini bermaksud: Aku (Allah) akan menghalang hati mereka daripada berfikir berkenaan ciptaan dan urusan-Ku.
Pada satu malam bulan purnama, Daud at-Toie berada di ruang terbuka di atas rumahnya untuk berfikir tentang kejadian langit dan bumi. Tiba-tiba dia terjatuh ke dalam rumah jirannya. Kerana terkejut, jirannya yang sedang dalam keadaan tidak berpakaian melompat sambil memegang pedang di tangannya. Apabila jirannya melihat Daud, dia berkata: Kenapa kamu terjatuh ke sini? Daud menjawab: Aku tidak menyedarinya.
Yusuf bin Asbat berkata: Dunia dicipta bukan untuk dilihat tetapi digunakan untuk melihat akhirat.
Suatu hari Sufian terkencing darah kerana terlalu kuat berfikir.
Abu Bakar al-Kattani pula berkata: Hati yang gementar ketika tersedar dari kelalaian dan jiwa yang terputus dari runtunan nafsu serta menggigil kerana takut terputus dari rahmat Tuhan adalah lebih afdal daripada ibadah manusia dan jin.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Muhasabah (Menghitung Diri) dan Muraqabah (Berwaspada dan Merasakan Diri Sentiasa Diawasi oleh Allah)
Sub Tajuk: Prinsip Keenam: Al-Mu'atabah (Mencela Dan Menghina Diri Sendiri)
Halaman Rujukan Kitab : 667
Nota Mudarasah:
Tafakkur
Dalam al-Quran, Allah s.w.t. telah memerintahkan supaya bertafakkur dan bertadabbur. Allah juga memuji orang yang bertafakkur sebagaimana dalam firman-Nya:
Dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia.
(Aali-Imran: 191)
Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.
(Ar-Ra'd: 3)
Abdullah bin Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Berfikirlah kamu tentang kurniaan Allah, dan jangan sekali kali kamu berfikir tentang zat Allah.⁷²⁷
Abu Darda' r.a. berkata: Bertafakkur untuk seketika adalah lebih baik daripada berqiamullail sepanjang malam.
Wahab bin Munabbih pula berkata: Apabila seseorang itu berfikir panjang, dia akan faham. Apabila faham dia akan memperolehi ilmu. Apabila berilmu dia akan beramal.
Bisyr al-Hafi berkata: Jika manusia memikirkan keagungan Allah, nescaya mereka tidak akan menderhakai-Nya.
Apabila al-Firyaabi membaca firman Allah s.w.t:
Aku akan memalingkan (hati) orang yang sombong takabbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (me mahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku).
(Al-A'raf:146)
Dia berkata: Ayat ini bermaksud: Aku (Allah) akan menghalang hati mereka daripada berfikir berkenaan ciptaan dan urusan-Ku.
Pada satu malam bulan purnama, Daud at-Toie berada di ruang terbuka di atas rumahnya untuk berfikir tentang kejadian langit dan bumi. Tiba-tiba dia terjatuh ke dalam rumah jirannya. Kerana terkejut, jirannya yang sedang dalam keadaan tidak berpakaian melompat sambil memegang pedang di tangannya. Apabila jirannya melihat Daud, dia berkata: Kenapa kamu terjatuh ke sini? Daud menjawab: Aku tidak menyedarinya.
Yusuf bin Asbat berkata: Dunia dicipta bukan untuk dilihat tetapi digunakan untuk melihat akhirat.
Suatu hari Sufian terkencing darah kerana terlalu kuat berfikir.
Abu Bakar al-Kattani pula berkata: Hati yang gementar ketika tersedar dari kelalaian dan jiwa yang terputus dari runtunan nafsu serta menggigil kerana takut terputus dari rahmat Tuhan adalah lebih afdal daripada ibadah manusia dan jin.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment