Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.50 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Skop Pemikiran dan Kesannya
Halaman Rujukan Kitab : 668
Nota Mudarasah:
Skop Pemikiran dan Kesannya
Pemikiran manusia ini berlaku sama ada dalam bidang yang berkaitan agama atau dalam bidang-bidang yang lain. Fokus utama kita di sini ialah membincangkan berkenaan pemikiran yang berkait dengan agama. Perincian dalam perkara ini amat panjang. Manusia hendaklah merenung dalam empat aspek iaitu ketaatan, maksiat, sifat-sifat yang membinasakan dan yang menyelamatkannya. Janganlah kamu melupai diri sendiri dan segala sifat-sifatmu yang menjauhkan ataupun mendekatkan dirimu kepada Allah.
Setiap al-murid hendaklah mempunyai senarai sifat-sifat yang membinasa dan yang menyelamatkan serta himpunan perkara maksiat dan ketaatan agar dia dapat merenungi dirinya setiap hari.
Berkenaan sifat-sifat yang membinasakan, memadai jika dia menyenaraikan sepuluh sifat. Jika dia bebas darinya, tentu dia akan selamat dari sifat-sifat lainnya. Sifat-sifat itu ialah bakhil, sombong. bangga diri, riya', hasad, marah yang keterlaluan, pelahap dalam makan, mengikut nafsu serakah, cintakan harta dan cintakan pangkat kedudukan.
Manakala sifat-sifat yang menyelamatkan pula, memadailah juga kepadanya apabila dia meneliti sepuluh sifat terpuji iaitu menyesali dosa yang dilakukan, sabar di atas bala yang menimpa, reda dengan ketentuan, syukur di atas nikmat, seimbang antara perasaan takut dan mengharap, zuhud di dunia, ikhlas dalam amalan, berakhlak baik dengan makhluk, cintakan Allah s.w.t. dan khusyuk ketika beribadah kepada-Nya.
Inilah 20 sifat; 10 yang tercela dan 10 lagi yang terpuji. Apabila dia mampu menghindari satu daripada sifat-sifat tercela tersebut, hendaklah dipangkah sifat tersebut dalam senarainya dan jangan memikirkannya lagi. Dia juga hendaklah bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan taufiq dan pertolongan-Nya, dia berjaya menghindarkan diri dari sifat tersebut. Seterusnya dia memfokuskan dirinya kepada sembilan sifat yang masih tinggal. Begitulah yang sepatutnya dilakukan sehingga dia berjaya memadamkan seluruh sifat terkeji tersebut.
Begitu juga 10 sifat terpuji dalam senarainya itu. Apabila dia berjaya menghayati salah satu darinya seperti bertaubat dan menyesal kerana melakukan maksiat, hendaklah dia memangkah sifat tersebut dan memfokuskan kepada sembilan sifat yang berbaki lagi. Ini semua memerlukan kepada orang yang benar-benar gigih dan bersungguh dalam mencari kebenaran atau kebaikan.
Manakala sebilangan besar orang yang tergolong di kalangan solihin, mereka mestilah memasukkan dalam senarai mereka segala maksiat yang zahir seperti makan perkara syubhah, mengumpat, mengadu domba, suka bertelingkah dan berbahas, memuji diri sendiri, terlampau merapati pihak penguasa, melampau dalam memusuhi musuh dan sikap mengampu dalam meninggalkan kewajipan amar ma'ruf dan nahi mungkar.
Ramai orang yang menganggap dirinya termasuk di kalangan orang yang soleh, tetapi masih tidak dapat berpisah dengan maksiat maksiat sebegini. Selagi mana anggota badan tidak dibersihkan dari dosa-dosa sebegini, selagi itulah proses membersihkan hati dan menghidupkannya tidak dapat dilakukan.
Semua golongan manusia boleh dikuasai oleh perkara-perkara sebegini. Oleh itu mereka sepatutnya sentiasa memerhati dan memikirkan tentangnya. Contohnya: Seorang alim yang warak, biasanya akan terdedah kepada penyakit-penyakit hati seperti ingin menonjolkan dirinya dengan ilmu dan menjadi terkenal sama ada dalam bidang pengajaran ataupun bimbingan. Siapa yang sentiasa memerhati dan memikirkannya, maka dia berjaya mencegah satu fitnah yang sangat besar yang tidak dapat selamat darinya melainkan golongan yang benar (siddiqun) sahaja. Kemungkinan timbul antara orang alim ini perasaan cemburu-mencemburui sesama mereka sepertimana golongan perempuan. Ini menunjukkan betapa dalamnya sifat-sifat yang membinasakan ini tertanam dalam lubuk hati sehingga orang alim merasa dirinya selamat sedangkan dia telah tertipu.
Sesiapa yang merasakan bahawa sifat-sifat ini wujud dalam dirinya, dia mesti mengubatinya dengan cara menyendiri dan beruzlah serta mencari kelemahan diri dan menahan diri dari mengeluarkan fatwa. Para sahabat r.a. sentiasa ingin menguzurkan diri dari mengeluarkan fatwa. Setiap dari mereka sangat suka jika fatwa tersebut dikeluarkan oleh sahabatnya yang lain. Dia juga hendaklah menjauhi syaitan-syaitan manusia, kerana mereka (syaitan-syaitan ini) mungkin berkata kepadamu: Sifat menguzurkan diri dari fatwa inilah yang menyebabkan ilmu agama akan pupus. Ketika itu, jawablah kepada mereka: Islam tidak berhajat kepadaku. Jika aku matipun Islam tetap unggul dan tidak akan pupus. Sedangkan aku pula sangat berhajat kepada membersihkan hatiku dari segala penyakit-penyakitnya.
Begitulah pemikiran orang alim dalam usaha menangani segala jenis sifat yang bersarang di dalam hati. Kami memohon agar Allah memperbaiki hati-hati kami yang rosak dan memberikan kami taufik kepada semua perkara yang diredai-Nya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment