Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.50 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Larangan Berfikir tentang Zat Allah
Halaman Rujukan Kitab : 670
Nota Mudarasah:
Larangan Berfikir tentang Zat Allah
Sebelum ini telah disebutkan hadis:
تَفَكَّرُوْا فِي آلَاءِ اللهِ وَلَا تَفَكَّرُوْا فِي اللهِ
Berfikirlah kamu tentang kurniaan Allah, dan jangan sekali kali kamu berfikir tentang zat Allah. ⁷²⁸
728 Hadis ini telah ditakhrijkan sebelum ini.
Bertafakkur tentang zat Allah s.w.t. adalah dilarang sama sekali, kerana ia akan membingungkan akal manusia. Zat Allah s.w.t adalah terlalu besar untuk difikirkan oleh otak manusia yang kerdil atau untuk digambarkan oleh hati melalui ilusi. Firman Allah s.w.t:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Manakala berfikir tentang makhluk dan kejadian Allah pula, terdapat ayat-ayat al-Quran yang menggesa supaya melakukannya. Antaranya firman Allah s.w.t:
إن في خلق السموات والأرض واختلاف اليل والنهار لايت لأولي الألبب
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal
قُلِ انْظُرُوا مَاذَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan Nya).
Antara tanda-tanda kebesaran Allah Taala ialah⁷²⁹, mencipta manusia daripada setitis air mani. Manusia hendaklah memikirkan kejadian diri mereka sendiri. Penciptaan manusia yang amat menakjubkan itu merupakan tanda kebesaran Allah s.w.t.. Walaupun manusia menghabiskan seluruh masa dan usia untuk mengkaji hakikat kejadiannya, namun ia hanya mampu mengetahuinya tidak lebih dari satu perseratus. Tetapi manusia terus lalai dari hakikat ini.
729 Sila lihat risalah ad-Durrul Maknun dalam mentafsirkan ayat رف أنيك ألا ترون -(az-zariyat: 21) karangan al-Hafiz Ibnul Qayyim yang ditahqiq olehku
Allah Taala telah memerintahkan hambanya supaya berfikir tentang dirinya sebagaimana firman-Nya:
وَفِي أَنْفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
Dalam bab syukur lalu, kita telah bincangkan sebahagian dari penciptaan manusia. Sila rujuk di sana.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Larangan Berfikir tentang Zat Allah
Halaman Rujukan Kitab : 670
Nota Mudarasah:
Larangan Berfikir tentang Zat Allah
Sebelum ini telah disebutkan hadis:
Berfikirlah kamu tentang kurniaan Allah, dan jangan sekali kali kamu berfikir tentang zat Allah. ⁷²⁸
Bertafakkur tentang zat Allah s.w.t. adalah dilarang sama sekali, kerana ia akan membingungkan akal manusia. Zat Allah s.w.t adalah terlalu besar untuk difikirkan oleh otak manusia yang kerdil atau untuk digambarkan oleh hati melalui ilusi. Firman Allah s.w.t:
Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
( As-Syura : 11 )
Manakala berfikir tentang makhluk dan kejadian Allah pula, terdapat ayat-ayat al-Quran yang menggesa supaya melakukannya. Antaranya firman Allah s.w.t:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal
(Aali-Imran: 190)
Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan Nya).
(Yunus:101)
Antara tanda-tanda kebesaran Allah Taala ialah⁷²⁹, mencipta manusia daripada setitis air mani. Manusia hendaklah memikirkan kejadian diri mereka sendiri. Penciptaan manusia yang amat menakjubkan itu merupakan tanda kebesaran Allah s.w.t.. Walaupun manusia menghabiskan seluruh masa dan usia untuk mengkaji hakikat kejadiannya, namun ia hanya mampu mengetahuinya tidak lebih dari satu perseratus. Tetapi manusia terus lalai dari hakikat ini.
729 Sila lihat risalah ad-Durrul Maknun dalam mentafsirkan ayat رف أنيك ألا ترون -(az-zariyat: 21) karangan al-Hafiz Ibnul Qayyim yang ditahqiq olehku
Allah Taala telah memerintahkan hambanya supaya berfikir tentang dirinya sebagaimana firman-Nya:
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
(Az-Zariyat: 21)
Dalam bab syukur lalu, kita telah bincangkan sebahagian dari penciptaan manusia. Sila rujuk di sana.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment