Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.50 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 33: Mengingati Mati Dan Hakikat Selepas Mati
Tajuk Mudarasah: Kelebihan Mengingati Mati
Sub Tajuk: Cintakan Dunia
Halaman Rujukan Kitab : 680
Nota Mudarasah:
Pertama: Cintakan Dunia
Apabila manusia mula merasa mesra dengan segala keseronokan dunia dan kelazatannya, hatinya akan terasa berat untuk berpisah dengannya. Justeru, hatinya tidak akan berfikir lagi berkenaan mati yang akan menyebabkan dia berpisah dengan dunia. Orang yang membenci sesuatu pasti akan menolaknya. Manusia sentiasa diulit dengan angan-angan yang palsu. Jiwanya sentiasa bercita cita untuk terus kekal di dunia, memiliki harta, keluarga, rumah, sahabat handai dan segala kesenangan hidup dunia ini. Hatinya sentiasa memikirkan perkara-perkara tersebut yang menjadikannya lalai dari mengingati mati bahkan tidak sanggup untuk berdekatan dengannya.
Jika pada waktu-waktu tertentu, jiwanya terlintas mengingati mati dan perlunya membuat persediaan untuk menghadapinys, dis akan menangguh-nangguhkannya dan berjanji pada dirinya sendiri dengan berkata: Banyak masa lagi, tunggulah dulu sehingga kamu benar-benar dewasa barulah kamu bertaubat. Apabila sudah dewasa, jiwanya berkata lagi: Tunggulah sehingga tua, barulah bertaubat. Apabila sampai waktu tua, jiwanya akan berkata lagi. Tunggu dahulu sehingga siap membina rumah sendiri dan selesai mengusahakan ladang atau balik dari perjalanan. Begitulah sikapnya yang terus menerus menangguh dan melambat-lambatkan taubatnya. Setiap kali dia hampir menyempurnakan sesuatu kerja, dia mengait ngaitkan pula dengan sepuluh kerja yang lain. Dia menangguhkan taubatnya sehari demi sehari dan dia terus lalai dengan urusan demi urusan sehinggalah akhirnya dia disambar oleh mati pada satu waktu yang dia tidak menjangkakannya. Ketika itu, kekecewaannya pasti akan terus berpanjangan.
Kebanyakan teriakan ahli neraka adalah disebabkan perkataan 'saufa'⁷³⁸. Mereka akan berkata: Alangkah celakanya dengan kalimah 'saufa' ini.
738 Iaitu 'akan. Ia memberi makna akan melakukan sesuatu dalam masa yang masih jauh. Ini menunjukkan sifat bertangguh mereka-pent.
Punca kepada seluruh angan-angan yang panjang ini ialah cintakan dunia dan merasa mesra dengannya. Seterusnya lupa kepada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
Cintailah apa sahaja yang kamu kehendaki, tetapi ingatlah bahawa kamu tetap akan berpisah dengannya.
Kedua: Kejahilan
Maksudnya: Manusia bergantung penuh kepada usia muda mereka dan menolak kebarangkalian akan mati pada usia muda. Adakah orang yang miskin jiwanya ini menyedari bahawa, kalau dibilang orang tua dalam negerinya pasti jumlah mereka kurang daripada 10 peratus. Jumlah mereka sedikit kerana kematian lebih banyak berlaku di kalangan orang muda. Untuk melihat kematian seorang tua mungkin selepas berlakunya kematian seribu orang kanak-kanak dan muda mudi sebelumnya. Kadang-kadang seseorang itu tertipu dengan kesihatannya sehingga tidak menyedari bahawa mati boleh datang kepadanya secara mengejut, sekalipun dia menolak kebarangkalian berlakunya sedemikian. Sesungguhnya sakit itu datang secara tiba-tiba. Apabila jatuh sakit, kemungkinan ia membawa kepada mati adalah tidak jauh. Sekiranya dia berfikir dan mengetahui bahawa mati boleh datang pada bila-bila masa sahaja, sama ada pada musim panas, sejuk, bunga dan luruh, atau pada waktu malam dan siang serta tidak mengira usia sama ada muda, dewasa, tua atau lain-lain, nescaya dia pasti akan mengambil berat terhadapnya dan berusaha gigih membuat persediaan bagi menghadapinya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment