Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.50 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 33: Mengingati Mati Dan Hakikat Selepas Mati
Tajuk Mudarasah: Keperitan Mati dan Perkara-perkara yang Sunat Dilakukan ketika Hampir Mati
Halaman Rujukan Kitab : 684
Nota Mudarasah:
Keperitan Mati dan Perkara-perkara yang Sunat Dilakukan ketika Hampir Mati
Sekiranya tiada kesusahan dan ketakutan yang dihadapi oleh seorang hamba yang miskin jiwanya kecuali mati, itu sudah memadai untuk menjadikan hidupnya tertekan, kegembiraan dan keseronokannya terganggu dan fikirannya terus-menerus memikirkannya. Sungguh pelik, apabila manusia yang berada dalam kenikmatan dunia, hanya merasa gundah-gulana dan tergganggu keseronokannya ketika menanti hukuman lima kali sebatan dari askar yang akan masuk menemuinya, sedangkan dia pada setiap nafas yang dihembuskannya sentiasa berhadapan dengan Malaikat Maut yang akan masuk menemuinya bersama dengan sakarat (kesakitan dan keperitan). Sedangkan dia lalai dari mengingati mati. Ini semua disebabkan kejahilan dan tertipu dengan kesenangan dunia.
Sesungguhnya mati lebih dahsyat daripada tikaman pedang kerana orang yang ditikam boleh berteriak, mengaduh dan meminta tolong kerana masih ada kekuatan untuk melakukan demikian. Tetapi orang yang hampir mati, suaranya akan terkedu kerana terlampau sakit dan merasai kepedihan yang terlalu dahsyat sehingga terasa pada seluruh hati dan setiap inci tubuhnya. Seluruh anggota badannya menjadi lemah sehingga tidak mampu lagi meminta pertolongan. Dia sangat berharap kalau dia dapat meringankan keperitan yang dialaminya itu dengan cara mengeluh, menjerit dan meminta tolong. Kemudian ditarik rohnya dari setiap uratnya sehingga seluruh anggotanya mati satu persatu. Bermula dengan kakinya yang mula sejuk, kemudian betisnya, pehanya sehinggalah sampai ke halkumnya. Ketika itu penglihatannya kepada dunia dan keluarganya terputus, dan pintu taubatnya pun ditutup. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
إِنَّ اللهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ
Sesungguhnya Allah s.w.t menerima taubat seseorang hamba selagimana ruhnya tidak sampai ke halkum.⁷⁴²
742 Riwayat Ahmad (6160), (6408), al-Hakim (4/257), Abu Naim (5/19), Ibnu Majah (4253) dan Ibnu Hibban (2449) daripada hadis Ibnu Umar r.a. dengan sanad yang sahih.
Diriwayatkan bahawa dua malaikat yang ditugaskan menjaga seseorang hamba itu akan kelihatan untuknya ketika dia hampir mati. Jika dia seorang yang soleh, kedua-kedua malaikat itu akan memujinya dengan berkata: Semoga Allah s.w.t. membalas kamu dengan sebaik-baik ganjaran. Jika dia seorang yang jahat, kedua dua malaikat itu akan berkata kepadanya: Allah Taala tidak akan membalas kamu dengan ganjaran yang baik.⁷⁴³
743 Riwayat Ibnu Abu ad-Dunia daripada Wahib bin al-Ward secara lisan. Hadis ini adalah daif.
Daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah mewakilkan dua malaikat kepada hambanya yang beriman, yang akan menulis segala amalannya. Apabila hamba itu mati, kedua dua malaikat itu berkata: Dia telah mati, bolehkah kami naik kembali ke langit? Rasulullah bersabda: Allah s.w.t berfirman: Sesungguhnya langit-Ku telah dipenuhi dengan para malaikat-Ku yang sentiasa bertasbih kepada-Ku. Kedua dua malaikat itu berkata lagi: Jika begitu adakah Engkau izinkan kami menetap di bumi?. Allah s.w.t berfirman: Sesungguhnya bumi telah dipenuhi oleh makhluk-Ku yang sentiasa bertasbih kepada-Ku. Kedua-dua malaikat tersebut berkata: Oleh itu, di mana kami akan berada? Allah s.w.t berfirman: Kamu berdua hendaklah sentiasa berada di sisi kubur hamba-Ku itu sambil bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil di situ. Kemudian tulislah pahala semuanya itu untuk hamba-Ku sehingga hari kiamat.⁷⁴⁴
744 Riwayat Ibn Adiy dalam kitab al-Kamil (7/2561). Pada sanadnya terdapat Haitham bin Jmmaz seorang yang diingkari hadisnya. Bahkan sebahagian ulamak mendustai dan tidak percaya kepadanya.
Diriwayatkan daripada Ubadah bin as-Somit katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حَضَرَةُ الْمَوْتُ بُشِّرَ بِرِضْوَانِ اللهِ وَكَرَامَتِهِ، فَلَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا أَمَامَهُ، وَأَمَّا صَاحِبُ النَّارِ الَّذي خُتِمَ لَهُ بِسُوءٍ فَهُو يُبَشَّرُ بِهَا وَهُو فِي تِلكَ الأَهْوَالِ
Apabila seseorang mukmin hampir mati, dia akan diberitahu dengan berita gembira iaitu keredaan dan kemulian Allah s.w.t ke atasnya. Tidak ada sesuatu yang dia lebih sukai selain daripada apa yang ada di hadapannya. Manakala ahli neraka yang hidupnya berakhir dengan suul khatimah (kesudahan yang buruk), dia akan diberi berita gembira dengan azab neraka, sedang dia berada dalam suasana yang penuh menakutkan.⁷⁴⁵
745 Riwayat al-Bukhari (2443) dan Muslim (2684).
Ramai di kalangan salaf sangat takut kepada kesudahan yang buruk (suul Khatimah). Perkara ini telah kami sebutkan di bawah tajuk takut (al-khauf) kerana bersesuaian dengan tempatnya.
Kita memohon kepada Allah agar sentiasa merahmati kita dengan rahmat-Nya yang meliputi setiap sesuatu dan berlembut dengan kita serta mengakhiri hidup kita ini dengan kesudahan yang baik. Sesungguhnya Dialah Allah yang Maha Baik lagi Maha Mulia.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment