Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.50 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Pengenalan
Halaman Rujukan Kitab : 6
Nota Mudarasah:
Antara kelebihan mengajar ilmu pula ialah sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'ad r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada Ali r.a.:
لأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلَا وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُونَ لَكَ خُمْرُ النَّعَمِ
Bahawa Allah memberi petunjuk kepada seseorang dengan sebab usaha daripada kamu, itu adalah lebih baik kepadamu daripada memiliki unta-unta merah.¹⁹
19 Riwayat al-Bukhari (7/58), Muslim (2406) dan Abu Daud (3661) daripada Sahl bin Sa'ad. Unta merah merupakan harta yang paling berharga di kalangan bangsa arab. Mereka menjadikannya sebagai bandingan kepada sesuatu yang sangat bernilai. Tidak ada sesuatu lain yang lebih bernilai daripada unta merah.
Ibnu Abbas r.a. berkata: Sesungguhnya seluruh binatang sehingga ikan di lautan akan beristighfar memohon keampunan untuk orang yang mengajar kebaikan kepada manusia. Terdapat juga hadis yang menyebut perkara seumpama itu yang diriwayatkan secara marfu'.
Jika ditanya bagaimana bentuk istighfar ikan kepada orang menyampaikan ilmu itu? Jawabnya ialah: Manfaat ilmu itu merangkumi semua perkara sehinggakan ikan di lautan akan merasai kesannya. Sesungguhnya para ulamak mengetahui apa yang halal dan yang haram. Mereka berpesan supaya berlaku belas kasihan (ihsan) ke atas setiap sesuatu sehingga kepada bintang yang disembelih²⁰ dan juga ikan. Dengan itu Allah mengilhamkan kepada semua binatang tersebut supaya beristighfar untuk ulamak sebagai balasan atas jasa baik mereka.
20 Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berlaku ihsan ke atas setiap sesuatu. Apabila melaksanakan hukuman membunuh, hendaklah kamu melakukannya dengan ihsan dan apabila kamu menyembelih, perelokkanlah (berlaku ihsanlah dalam) penyembelihan itu. Hadis riwayat Muslim (1955), at-Tirmizi (1409), Abu Daud (2815) dan an-Nasaie (7/227) daripada Syaddad bin Aus r.a..
Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabada yang bermaksud:
Bandingan petunjuk dan ilmu yang diutuskan kepadaku ialah seperti hujan yang menimpa bumi. Maka sebahagian daripada bumi itu ada tanah yang subur menyerap air lalu menumbuhkan rumput dan tanaman lain yang banyak. Dan terdapat sebahagian daripadanya tanah yang keras yang tidak menyerap tetapi menakung air. Allah menjadikannya juga bermanfaat kepada manusia lalu mereka minum. memberi minum dan menyiram tanaman dengannya. Dan terdapat pula sebahagian daripadanya tanah yang keras dan rata yang tidak menakung air dan tidak menumbuhkan tanaman. Itulah bandingan orang yang memahami agama Allah dan mengambil manfaat daripada ajaran yang diutuskan kepadaku lalu dia belajar dan mengajar. Dan juga bandingan orang yang tidak menghiraukan langsung (ilmu yang aku sampaikan itu) serta tidak mahu pula menerima petunjuk yang aku diutuskan membawanya.²¹
21 Riwayat al-Bukhari (1/185) dan Muslim (2282) dalam as-Sahihain.
Hadis di atas menjelaskan mengenai apa yang berlaku ke atas makhluk. Di mana, para fuqahak yang memahami adalah umpama tanah yang menerima hujan lalu menumbuhkan tumbuhan. Ini kerana mereka adalah golongan berilmu, faham dan mengajarkannya pula kepada manusia. Golongan ahli hadis tetapi tidak dikurniakan kefahaman dan kesedaran, mereka adalah seumpama tanah yang keras dan gersang yang tidak menyerap air tetapi menakungnya sehingga orang yang berada di sisi mereka dapat mengambil manfaat daripadanya. Manakala orang yang mendengar tetapi tidak belajar dan menghafalnya adalah golongan awam yang jahil. Al-Hasan r.a. berkata: Kalaulah tidak kerana ulamak, nescaya manusia akan menjadi seperti binatang.
Muaz bin Jabal r.a. berkata: Pelajarilah ilmu, sesungguhnya mempelajarinya kerana Allah bererti takut kepada-Nya, menuntutnya adalah ibadat, mengulangkajinya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak tahu adalah sedekah, mencurahkannya kepada yang layak menerimanya adalah ibadat (qurbah). Ilmu adalah teman ketika berseorangan dan sahabat ketika bersendirian.²²
22 Sebahagain ulamak menisbahkan kata-kata tersebut kepada Rasulullah s.a.w.. Ini tidak betul sebagaimana disebut dalam kitab Tanzih as-Syariah (1/281) oleh Ibnu Iraq. Juga bukannya hadis Mauquf. Ia telah diriwayatkan oleh Abu Naim dalam kitab al-Hilyah (1/239). Pada sanadnya terdapat perawi yang tidak dikenali. Lihat kitab Jami' Bayan al-Ilmi (1/65) dan kitab al-Jami' al-Kabir (2/453).
Ka'ab r.a. berkata: Allah Taala telah mewahyukan kepada Nabi Musa a.s.: Wahai Musa, hendaklah kamu pelajari kebaikan (ilmu) dan ajarkannya pula kepada manusia. Sesungguhnya Aku akan menjadikan kubur orang yang mengajar kebaikan dan mempelajarinya itu bercahaya, sehingga mereka tidak merasa asing di tempat mereka.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment