Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.50 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Ilmu Muamalah
Halaman Rujukan Kitab : 11
Nota Mudarasah:
Ilmu Muamalah
Ilmu muamalah ialah ilmu berkaitan hal ehwal hati seperti rasa takut, mengharap, reda, benar, ikhlas dan lain-lain. Ilmu inilah yang telah meninggikan martabat ulamak-ulamak besar terdahulu seperti Sufian (at-Thauri), Abu Hanifah, Malik, as-Syafi'e dan Ahmad. Mereka menjadi masyhur setelah berjaya mencapai hakikatnya yang sebenar.
Kebanyakan orang yang bernama fuqahak dan ulamak tidak dapat mencapai kedudukan ini kerana mereka sibuk dengan bentuk-bentuk luaran ilmu ini semata-mata tanpa sampai kepada hakikatnya yang sebenar dan beramal dengan segala yang tersirat di dalamnya.
Kamu dapati ulamak fekah bercakap tentang hukum zihar, li'an, perlumbaan, melemparkan tuduhan²⁹ dan juga masalah masalah furu'iyyah (masalah-masalah cabang yang halus dalam ilmu fekah) yang sudah lama berlalu dan tidak perlu lagi ditimbulkan sebarang persoalan mengenainya³⁰. Pada waktu yang sama, dia tidak bercakap tentang keikhlasan dan tidak beringat-ingat atau berwaspada dengan riya' sedangkan itu adalah fardu ain ke atasnya kerana kelalaian mengenainya boleh membawa kebinasaan dirinya. Sedangkan masalah-masalah yang pertama tadi hanyalah fardu kifayah.
29 laitu hukum-hukum yang kamu boleh merujuknya dalam kitab-kitab fekah untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
30 Sikap ini jauh berbeza dengan ulamak-ulamak fekah yang terdahulu. Apa yang disebutkan itu adalah berlaku di zaman penulis dan juga zaman kita sekarang.
Jika ditanya mengapa dia tidak membincangkan berkenaan ikhlas dan riya', ten dia tidak dapat memberikan ditanya mengapa dia sibuk dengan masalah li'an dan tuduhan, dia pan. Jika pasti akan berkata: Kerana ia adalah fardu kifayah. Jawapannya memang benar, tetapi adakah dia tidak sedar bahawa ilmu hisab juga adalah fardu kifayah? Mengapa dia tidak sibuk dengan ilmu tersebut? Sebenarnya dia memandang sepi terhadap ilmu hisab kerana tujuannya hanyalah ingin menunjuk-nunjuk dan menjadi tersohor yang hanya boleh diperolehi melalui perdebatan (berkenaan hukum-hukum fekah), bukannya perkiraan (melalui ilmu hisab).
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment