Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Ilmu Muamalah
Halaman Rujukan Kitab : 12
Nota Mudarasah:
Terdapat beberapa istilah yang telah dipesong dan disalah ertikan, berlawanan dengan makna asal sebagaimana yang dimaksudkan oleh ulamak salafussoleh. Antara istilah-istilah tersebut ialah:
i Fiqh
Mereka telah memesongkan pengertiannya dengan mengkhususkannya hanya kepada mengetahui masalah-masalah cabang (hukum fekah) beserta alasan-alasannya. Sedangkan penggunaan perkataan fiqh di zaman awal Islam merangkumi persoalan ilmu menuju hari akhirat, ilmu yang mendalam mengenai penyakit-penyakit hati, perkara-perkara yang merosakkan amalan, kesedaran yang kuat tentang kehinaan dunia, bersungguh mencari nikmat akhirat dan perasaan takut (al-khauf) yang menyelebungi hati.
Oleh kerana itulah, Hasan al-Basri r.hm. pernah berkata: Sesungguhnya seseorang fakih itu ialah seorang yang zuhud di dunia, mengharapkan hari akhirat, faham dan jelas tentang agamanya, sentiasa beribadat kepada Tuhannya, bersifat warak, jauh dari perbuatan menjatuhkan maruah orang Islam, tidak meminta-minta harta daripada mereka dan sentiasa memberi nasihat kepada mereka.
Mereka lebih banyak menggunakan perkataan fiqh dalam ilmu berkenaan akhirat kerana fiqh dalam istilah mereka tidak mengandungi fatwa tentang hukum kecuali secara umum sahaja. Tindakan mengkhususkan makna fiqh kepada fatwa hukum-hakam zahir ini telah menimbulkan kekeliruan yang menyebabkan manusia menumpukan perhatian kepada ilmu fatwa yang zahir sahaja dan tidak mempedulikan ilmu muamalah hati untuk menuju ke akhirat.
ii- Ilmu
Asalnya perkataan ini digunakan untuk ilmu yang berkait dengan Allah Taala dan tanda-tanda kekuasaan-Nya; iaitu mengenai nikmat dan perbuatan-Nya berkaitan hamba-hambaNya. Mereka kemudiannya mengkhususkan pengertian ilmu hanya kepada perbincangan mengenai masalah-masalah fekah sekalipun mereka itu jahil tentang ilmu tafsir dan hadis.
iii- Tauhid
Ia merupakan ilmu yang mengarahkan manusia supaya melihat semua perkara datangnya daripada Allah dan terputus terus dari memandang kepada sebab-sebab luaran dan perantara. Dengan itu, lahirlah sifat tawakkal dan reda. Tetapi sekarang, perkataan ini telah dirujuk kepada ilmu yang membincangkan ungkapan-ungkapan atau istilah-istilah yang diada-adakan dalam masalah usul agama (aqidah). Ini adalah satu kemungkaran di sisi salafussoleh.³¹
31 Wajib mengekalkan tauhid di atas asas fitrahnya yang terdiri daripada keimanan kepada Allah s.w.t., sifat-sifat-Nya yang Maha Tinggi, nama nama-Nya yang baik dan bahawasanya Dialah tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya. Begitulah juga dengan perkara-perkara lain yang wajib diimani.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment