Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Ilmu-Ilmu Yang Terpuji
Halaman Rujukan Kitab : 15
Nota Mudarasah:
Ilmu-Ilmu Yang Terpuji
Ilmu-Ilmu yang terpuji terbahagi kepada dua bahagian:
i. Ilmu yang terpuji secara mutlak.
Sekiranya bertambah, ia menjadi lebih baik dan afdal. Iaitu ilmu mengenal Allah Taala, sifat-sifat, perbuatan dan mengetahui hikmah-Nya yang mengutamakan akhirat daripada dunia. la merupakan ilmu yang sangat dituntut dan boleh membawa kepada kebahagiaan di akhirat. Ilmu ini ibarat lautan yang tidak mungkin diselami sehingga ke dasarnya. Mereka yang mempelajarinya hanyalah berlegar di sekitar persisiran pantai dan tepiannya, itupun setakat yang termampu kepada mereka..
ii Ilmu yang terpuji dengan kadar tertentu sahaja.
Inilah yang kita sebutkan tadi sebagai ilmu fardu kifayah. Setiap daripadanya ada yang mempunyai kekurangan dalam bebe rapa aspek, ada yang mengkhususkan bidang tertentu dan ada yang membincangkannya secara menyeluruh dan terperinci.
Oleh itu jadilah kamu, sama ada sibuk dengan urusan dirimu sendiri atau meluangkan masa untuk orang lain setelah urusan dirimu selesai. Jauhkan diri kamu daripada sibuk membaiki. orang lain sebelum memperbetulkan diri kamu terlebih dahulu. Berusahalah untuk membersihkan batin kamu daripada sifat sifat tercela seperti haloba, hasad, riya', berbangga diri sebelum memperelokkan rupa paras kamu. Perkara ini, insya Allah akan dibincangkan nanti dalam bahagian yang membincangkan perkara perkara yang merosakkan (al-Muhlikat).
Jika kamu tiada peluang untuk berbuat demikian, janganlah kamu sibuk dengan ilmu-ilmu fardu kifayah sebelum kamu selesai ilmu fardu ain terlebih dahulu. Ini kerana terdapat ramai mereka yang boleh melakukan tuntutan fardu kifayah tersebut. Orang yang membinasakan dirinya kerana hendak memperbaiki orang lain adalah orang yang dungu. Keadaannya samalah dengan orang yang sibuk menghalau lalat daripada mengacau orang lain sedangkan kala jengking telah memasuki ke dalam baju yang dipakainya.
Setelah kamu selesai membaiki dan membersihkan diri sendiri, barulah kamu boleh meluangkan masa kepada ilmu-ilmu fardu kifayah dengan mempelajarinya secara berperingkat-peringkat.
Oleh itu mulakanlah dengan mempelajari kitab Allah kemudian sunnah Rasul-Nya dan seterusnya ilmu-ilmu al-Quran seperti ilmu tafsir, nasakh mansukh, ayat-ayat muhkam, ayat-ayat mutasyabihat (kesamaran pada maknanya) dan lain-lain. Begitu juga dalam mempelajari as-Sunnah. Kemudian barulah kamu pelajari masalah-masalah furu' dan usul fekah. Begitulah seterusnya cara untuk kamu mempelajari ilmu-ilmu lain mengikut kadar umur dan masa yang mengizinkan. Jangan kamu habiskan umur kamu seluruhnya dalam satu bidang sahaja kerana mahu membuat pengkhususan yang mendalam mengenainya. Ilmu itu terlalu banyak sedangkan umur adalah terlalu pendek. Ilmu-ilmu ini merupakan alat atau wasilah untuk mencapai sesuatu tujuan atau matlamat. Oleh itu setiap perkara yang dijadikan sebagai alat untuk mencapai sesuatu matlamat, maka matlamat tersebut tidak seharusnya pula dilupai.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment