Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Adab-adab Seorang Penuntut dan Guru
Sub-Tajuk Mudarasah: Adab-adab Seorang Guru
Halaman Rujukan Kitab : 20
Nota Mudarasah:
Adab-adab Seorang Guru
Seorang guru mempunyai tugas dan tanggungjawabnya yang tersendiri. Antaranya ialah, mempunyai perasaan belas kasihan terhadap para pelajarnya, menganggap mereka seperti anaknya sendiri, tidak meminta upah kerana ilmu yang disampaikan dan tidak bertujuan untuk mendapat balasan atau ucapan terima kasih daripada mereka. Bahkan dia hendaklah mengajar semata mata kerana Allah. Janganlah dia menganggap bahawa mereka telah terhutang budi kepadanya. Dia sepatutnya melihat bahawa kelebihan adalah milik para penuntut ilmu kerana mereka sanggup menyediakan hati-hati mereka demi untuk menghampirkan diri kepada Allah dengan tanaman ilmu tersebut. Oleh itu mereka (para penuntut) adalah seperti seorang yang meminjamkan tanah kepada orang yang mahu bercucuk tanam padanya.
Tidak wajar bagi seorang guru meminta upah kecuali daripada Allah Taala sahaja. Para ulamak salaf sendiri enggan menerima hadiah yang diberikan oleh anak-anak murid mereka. Seorang guru juga hendaklah tidak kedekut dalam memberi nasihat kepada muridnya. Dia juga mesti berusaha untuk menegur kesilapan atau akhlak buruk pelajarnya secara kiasan atau sindiran, bukan dengan cara memburuk atau mencela. Ini kerana cara tersebut boleh menghilangkan kehebatan (haibah) dirinya di mata muridnya. Seorang guru juga hendaklah melihat tahap kefahaman dan kemampuan akal pelajarnya dan sentiasa memberikan pelajaran mengikut kadar kemampuan akal para pelajarnya. Janganlah dia menyampaikan sesuatu yang sukar untuk difahami dan di luar kemampuan akal mereka.
Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
أُمِرْتُ أَنْ أُخَاطِبَ النَّاسَ عَلَى قَدْرِ عُقُوْلِهِمْ
Aku diperintahkan agar bercakap kepada manusia mengikut kadar kemampuan akal mereka,⁴¹
41 Berkata as-Suyuti dalam kitab al-Duraru al-Muntathirah (no:35): Hadis riwayat ad-Dailami dengan sanad yang daif daripada Ibnu Abbas. Aku berkata: Lihat kitab Ittihaf as-Saadatul Muttaqin (1/342-343). Al-Bukhari telah memberi komentar dalam kitab sahihnya (1/199) daripada Ali r.a. katanya: Bercakaplah kamu kepada manusia apa yang mereka tahu, adakah kamu semua mahu mendustai Allah dan Rasul-Nya. Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya (1/76- Nawawi) daripada Ibnu Mas'ud r.a. katanya: Janganlah kamu bercakap kepada manusia dengan satu percakapan yang tidak mampu dicapai oleh akal mereka kerana ia boleh menyebabkan fitnah kepada sebahagian mereka.
Saidina Ali r.a. berkata: Sesungguhnya di sini ada ilmu. Alangkah baiknya kalau aku menemui orang yang sanggup menerimanya.⁴²
42 Demikianlah disebutkan dalam kitab al-Ihya' (1/57) dan syarahnya (1/343).
Berkata Imam as-Syafi'e r.hm. dalam syairnya⁴³.
43 Disebut dalam kitabnya ad-Diwan (m.s. 124-126). Lihat kitab Mu'jam al Udaba' (17/307), Jami' Bayan al-Ilmi (1/110), al-Hilyah (9/153) dan Manaqib as-Syafie (2/72).
Adakah patut aku menaburkan mutiara di kandang binatang ternakan,
Adakah patut aku menyusun buku kepada pengembala kambing.
Sesiapa yang memberi ilmu kepada si bebal, nescaya akan disia-siakannya,
Sesiapa yang menghalang orang yang layak menerimanya pula, bererti dia telah berlaku zalim.
Antara tanggungjawab guru juga ialah beramal dengan ilmunya. Janganlah dia melakukan sesuatu yang bercanggah dengan ajarannya.
Firman Allah Taala:
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca Kitab Allah.³⁶
Ali r.a. berkata: Dua jenis manusia yang membebankan iaitu orang berilmu yang terdedah aibnya dan orang jahil yang beribadat.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Adab-adab Seorang Penuntut dan Guru
Sub-Tajuk Mudarasah: Adab-adab Seorang Guru
Halaman Rujukan Kitab : 20
Nota Mudarasah:
Adab-adab Seorang Guru
Seorang guru mempunyai tugas dan tanggungjawabnya yang tersendiri. Antaranya ialah, mempunyai perasaan belas kasihan terhadap para pelajarnya, menganggap mereka seperti anaknya sendiri, tidak meminta upah kerana ilmu yang disampaikan dan tidak bertujuan untuk mendapat balasan atau ucapan terima kasih daripada mereka. Bahkan dia hendaklah mengajar semata mata kerana Allah. Janganlah dia menganggap bahawa mereka telah terhutang budi kepadanya. Dia sepatutnya melihat bahawa kelebihan adalah milik para penuntut ilmu kerana mereka sanggup menyediakan hati-hati mereka demi untuk menghampirkan diri kepada Allah dengan tanaman ilmu tersebut. Oleh itu mereka (para penuntut) adalah seperti seorang yang meminjamkan tanah kepada orang yang mahu bercucuk tanam padanya.
Tidak wajar bagi seorang guru meminta upah kecuali daripada Allah Taala sahaja. Para ulamak salaf sendiri enggan menerima hadiah yang diberikan oleh anak-anak murid mereka. Seorang guru juga hendaklah tidak kedekut dalam memberi nasihat kepada muridnya. Dia juga mesti berusaha untuk menegur kesilapan atau akhlak buruk pelajarnya secara kiasan atau sindiran, bukan dengan cara memburuk atau mencela. Ini kerana cara tersebut boleh menghilangkan kehebatan (haibah) dirinya di mata muridnya. Seorang guru juga hendaklah melihat tahap kefahaman dan kemampuan akal pelajarnya dan sentiasa memberikan pelajaran mengikut kadar kemampuan akal para pelajarnya. Janganlah dia menyampaikan sesuatu yang sukar untuk difahami dan di luar kemampuan akal mereka.
Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Aku diperintahkan agar bercakap kepada manusia mengikut kadar kemampuan akal mereka,⁴¹
Saidina Ali r.a. berkata: Sesungguhnya di sini ada ilmu. Alangkah baiknya kalau aku menemui orang yang sanggup menerimanya.⁴²
42 Demikianlah disebutkan dalam kitab al-Ihya' (1/57) dan syarahnya (1/343).
Berkata Imam as-Syafi'e r.hm. dalam syairnya⁴³.
43 Disebut dalam kitabnya ad-Diwan (m.s. 124-126). Lihat kitab Mu'jam al Udaba' (17/307), Jami' Bayan al-Ilmi (1/110), al-Hilyah (9/153) dan Manaqib as-Syafie (2/72).
Adakah patut aku menyusun buku kepada pengembala kambing.
Sesiapa yang memberi ilmu kepada si bebal, nescaya akan disia-siakannya,
Sesiapa yang menghalang orang yang layak menerimanya pula, bererti dia telah berlaku zalim.
Antara tanggungjawab guru juga ialah beramal dengan ilmunya. Janganlah dia melakukan sesuatu yang bercanggah dengan ajarannya.
Firman Allah Taala:
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca Kitab Allah.³⁶
( Al-Baqarah : 44 )
Ali r.a. berkata: Dua jenis manusia yang membebankan iaitu orang berilmu yang terdedah aibnya dan orang jahil yang beribadat.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment