Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Penyakit-penyakit Ilmu serta Penjelasan Berkenaan Ulamak Jahat dan Ulamak Akhirat
Sub-Tajuk Mudarasah: Ulamak Jahat (as-suu')
Halaman Rujukan Kitab : 22
Nota Mudarasah:
Penyakit-penyakit Ilmu serta Penjelasan Berkenaan Ulamak Jahat dan Ulamak Akhirat
Ulamak Jahat (as-suu')
Mereka ialah golongan yang menggunakan ilmunya dengan tujuan mendapatkan kenikmatan dunia dan kedudukan di kalangan manusia.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
مَنْ تَعَلَّّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَي بِهِ وَجْهُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنَ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ - يَعْنِي رِيحَهَا
Sesiapa yang menuntut ilmu yang sepatutnya dia mencarinya semata-mata kerana keredaan Allah, tetapi dia menuntutnya kerana mahu mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga pada hari kiamat.⁴⁴
44 Riwayat Abu Daud (2657), Ibnu Majah (252), Ahmad (2/337), Ibnu Hibban (89-Mawarid) dan al-Khatib dalam kitab Iqtidha' al-Ilmi wa al-'Amal (102). Pada sanadnya terdapat Falih bin Sulaiman yang mempunyai kelemahan dalam meriwayatkannya. Tetapi beliau telah dipercayai oleh Ibnu Abdul Barri dalam kitab Jami' Bayan al-'Ilmi wa Fadhlihi (1/190) dan juga dikuatkan oleh hadis selepasnya (riwayat at-Tirmizi) yang juga mengandungi maksud yang sama dengannya. Dengan itu hadis ini menjadi kuat iaitu tahap hadis hasan.
Dalam hadis lain, baginda bersabda:
مَنْ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ لِيُبَاهِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ وَيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ وَيَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللهُ جَهَنَّمَ
Sesiapa yang menuntut ilmu kerana mahu berbangga bangga di kalangan ulamak, atau dengan tujuan berdebat dan bertengkar dengan golongan yang jahil atau bertujuan menarik perhatian orang ramai kepadanya lalu memujinya, maka dia di dalam neraka jahannam.⁴⁵
45 Riwayat at-Tirmizi (2656) daripada Ka'ab bin Malik r.a. dan sanadnya daif. Tetapi terdapat riwayat-riwayat lain yang mempunyai maksud seumpamanya daripada Ibnu Umar (253) dan Jabir (254) ra.. Kedua duanya di sisi Ibnu Majah. Dengan itu hadis ini menjadi kuat- hadis hasan.
Sebahagian ulamak salaf berkata: Manusia yang paling menyesal ketika hampir matinya ialah orang alim yang cuai.
Ketahuilah bahawa tanggungjawab orang alim ialah menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dia tidak perlu bersikap zuhud atau menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang harus. Walau bagaimanapun, dia wajar berdikit-dikit dalam hal keduniaan semampu yang boleh. Ini kerana tidak semua badan itu mampu menerima penyesuaian (sekaligus). Sesungguhnya manusia itu berbeza-beza.
Diriwayatkan bahawa Sufian at-Thauri r.hm. memakan makanan yang baik-baik dan lazat. Beliau berkata: Sekiranya seekor binatang tidak diberi makan dengan makanan yang baik, ia tidak akan berkerja.
Imam Ahmad bin Hanbal pula amat sabar menghadapi kesempitan hidup yang tinggi. Tabiat manusia adalah berbeza-beza.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Penyakit-penyakit Ilmu serta Penjelasan Berkenaan Ulamak Jahat dan Ulamak Akhirat
Sub-Tajuk Mudarasah: Ulamak Jahat (as-suu')
Halaman Rujukan Kitab : 22
Nota Mudarasah:
Penyakit-penyakit Ilmu serta Penjelasan Berkenaan Ulamak Jahat dan Ulamak Akhirat
Ulamak Jahat (as-suu')
Mereka ialah golongan yang menggunakan ilmunya dengan tujuan mendapatkan kenikmatan dunia dan kedudukan di kalangan manusia.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa yang menuntut ilmu yang sepatutnya dia mencarinya semata-mata kerana keredaan Allah, tetapi dia menuntutnya kerana mahu mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga pada hari kiamat.⁴⁴
Dalam hadis lain, baginda bersabda:
Sesiapa yang menuntut ilmu kerana mahu berbangga bangga di kalangan ulamak, atau dengan tujuan berdebat dan bertengkar dengan golongan yang jahil atau bertujuan menarik perhatian orang ramai kepadanya lalu memujinya, maka dia di dalam neraka jahannam.⁴⁵
Sebahagian ulamak salaf berkata: Manusia yang paling menyesal ketika hampir matinya ialah orang alim yang cuai.
Ketahuilah bahawa tanggungjawab orang alim ialah menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dia tidak perlu bersikap zuhud atau menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang harus. Walau bagaimanapun, dia wajar berdikit-dikit dalam hal keduniaan semampu yang boleh. Ini kerana tidak semua badan itu mampu menerima penyesuaian (sekaligus). Sesungguhnya manusia itu berbeza-beza.
Diriwayatkan bahawa Sufian at-Thauri r.hm. memakan makanan yang baik-baik dan lazat. Beliau berkata: Sekiranya seekor binatang tidak diberi makan dengan makanan yang baik, ia tidak akan berkerja.
Imam Ahmad bin Hanbal pula amat sabar menghadapi kesempitan hidup yang tinggi. Tabiat manusia adalah berbeza-beza.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment