Tuesday, 10 May 2022

SIRI 351 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 1: Ibadat

Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya

Tajuk Mudarasah: Penyakit-penyakit Ilmu serta Penjelasan Berkenaan Ulamak Jahat dan Ulamak Akhirat
Sub-Tajuk Mudarasah: Ulamak Akhirat

Halaman Rujukan Kitab : 23

Nota Mudarasah:

Ulamak Akhirat

Antara sifat ulamak akhirat ialah:

i. Mereka meyakini bahawa dunia adalah hina dan akhirat adalah mulia. Kedua-duanya seperti dua orang perempuan yang bermadu (yang saling bersaing). Mereka akan melebihkan akhirat.

ii. Perbuatan mereka tidak bercanggah dengan kata-kata mereka sendiri.

iii. Mereka cenderung kepada ilmu yang bermanfaat untuk hari akhirat dan menjauhkan diri dari ilmu yang kurang bermanfaat, kerana mereka mengutamakan perkara yang lebih besar manfaatnya.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment