Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Penyakit-penyakit Ilmu serta Penjelasan Berkenaan Ulamak Jahat dan Ulamak Akhirat
Sub-Tajuk Mudarasah: Ulamak Akhirat
Halaman Rujukan Kitab : 24
Nota Mudarasah:
Ulamak Akhirat
Diriwayatkan daripada Syaqiq al-Balkhi r.hm. yang telah bertanya kepada Hatim: Kamu telah bersamaku selama beberapa tempoh, apakah yang kamu telah pelajari? Hatim berkata: Aku telah pelajari lapan perkara:
a) Apabila aku perhatikan manusia, aku dapati setiap seorang daripada mereka ada kekasih tetapi kekasihnya itu akan meninggalkannya apabila dia dibawa ke kubur. Justeru aku jadikan kekasihku hanyalah amal kebaikanku agar ia kekal bersamaku ketika di dalam kubur.
b) Apabila aku merenung firman Allah:
وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ
Dan dia menahan dirinya daripada mengikut kehendak hawa nafsu. Lalu aku bermujahadah melawan kehendak nafsu sehingga ia akur untuk taat kepada Allah.
c) Aku dapati setiap orang yang mempunyai barang bernilai, dia akan menjaganya dengan baik. Kemudian aku perhatikan pula kepada firman Allah:
مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ ۖ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ
Apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal.
Justeru, setiap kali aku memiliki barang bernilai, aku belanjakannya pada jalan Allah agar ia kekal menjadi milikku di sisi Allah Taala.
d) Aku dapati manusia meletakkan (kemuliaan diri mereka) kepada harta, kemegahan dan kemuliaan sedangkan ia tidak ada apa-apa nilaipun. Lalu aku membaca firman Allah Taala:
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Oleh itu aku beramal ke arah ketakwaan agar aku menjadi seorang yang mulia.
e) Aku melihat manusia saling berhasad dengki. Kemudian aku perhatikan firman Allah Taala:
نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُمْ مَعِيشَتَهُمْ
Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita).
Lalu aku tinggalkan sifat hasad.
f) Aku melihat manusia saling bermusuhan. Kemudian aku perhatikan firman Allah Taala:
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا
Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya). Lalu aku tinggalkan sifat permusuhan dengan mereka dan aku jadikan syaitan itu satu-satunya musuh aku.
g) Aku dapati manusia sanggup menghina diri kerana mencari rezeki, lalu aku melihat firman Allah Taala:
وَمَا مِن دَآبَّةٍۢ فِى ٱلْأَرْضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزْقُهَا
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.
Lalu aku menumpukan sepenuh perhatianku untuk melaksanakan tanggungjawabku kepada Allah dan aku tinggalkan apa yang menjadi hak aku di sisi-Nya.⁴⁶
46 Iaitu rezeki di mana dia tidak perlu bimbang kerana itu adalah haknya. yang Allah akan berikan kepadanya-pent..
h) Aku melihat manusia lebih bergantung kepada perniagaan, perusahaan dan kesihatan tubuh badan mereka. Lalu aku bergantung dan bertawakkal hanya kepada Allah.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Penyakit-penyakit Ilmu serta Penjelasan Berkenaan Ulamak Jahat dan Ulamak Akhirat
Sub-Tajuk Mudarasah: Ulamak Akhirat
Halaman Rujukan Kitab : 24
Nota Mudarasah:
Ulamak Akhirat
Diriwayatkan daripada Syaqiq al-Balkhi r.hm. yang telah bertanya kepada Hatim: Kamu telah bersamaku selama beberapa tempoh, apakah yang kamu telah pelajari? Hatim berkata: Aku telah pelajari lapan perkara:
a) Apabila aku perhatikan manusia, aku dapati setiap seorang daripada mereka ada kekasih tetapi kekasihnya itu akan meninggalkannya apabila dia dibawa ke kubur. Justeru aku jadikan kekasihku hanyalah amal kebaikanku agar ia kekal bersamaku ketika di dalam kubur.
b) Apabila aku merenung firman Allah:
Dan dia menahan dirinya daripada mengikut kehendak hawa nafsu. Lalu aku bermujahadah melawan kehendak nafsu sehingga ia akur untuk taat kepada Allah.
( An-Nazi'at : 40 )
c) Aku dapati setiap orang yang mempunyai barang bernilai, dia akan menjaganya dengan baik. Kemudian aku perhatikan pula kepada firman Allah:
Apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal.
( An-Nahl : 96 )
Justeru, setiap kali aku memiliki barang bernilai, aku belanjakannya pada jalan Allah agar ia kekal menjadi milikku di sisi Allah Taala.
d) Aku dapati manusia meletakkan (kemuliaan diri mereka) kepada harta, kemegahan dan kemuliaan sedangkan ia tidak ada apa-apa nilaipun. Lalu aku membaca firman Allah Taala:
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
( Al-Hujurat : 13 )
Oleh itu aku beramal ke arah ketakwaan agar aku menjadi seorang yang mulia.
e) Aku melihat manusia saling berhasad dengki. Kemudian aku perhatikan firman Allah Taala:
Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita).
( Az-Zukhruf : 32 )
Lalu aku tinggalkan sifat hasad.
f) Aku melihat manusia saling bermusuhan. Kemudian aku perhatikan firman Allah Taala:
Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya). Lalu aku tinggalkan sifat permusuhan dengan mereka dan aku jadikan syaitan itu satu-satunya musuh aku.
( Fatir : 6 )
g) Aku dapati manusia sanggup menghina diri kerana mencari rezeki, lalu aku melihat firman Allah Taala:
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.
( Hud : 6 )
Lalu aku menumpukan sepenuh perhatianku untuk melaksanakan tanggungjawabku kepada Allah dan aku tinggalkan apa yang menjadi hak aku di sisi-Nya.⁴⁶
46 Iaitu rezeki di mana dia tidak perlu bimbang kerana itu adalah haknya. yang Allah akan berikan kepadanya-pent..
h) Aku melihat manusia lebih bergantung kepada perniagaan, perusahaan dan kesihatan tubuh badan mereka. Lalu aku bergantung dan bertawakkal hanya kepada Allah.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment